Showing posts with label adat berpantang. Show all posts
Showing posts with label adat berpantang. Show all posts

Tuesday, May 6, 2014

Rambut Gugur?

Syukur Alhamdullilah...
Untuk kandungan ketiga ini saya tiada masalah rambut gugur ^_^

saya ingat lagi masa anak pertama dan kedua, rambut saya gugur macam nak botak!, apa tidak, masa cuci rambut tu...memang penuh lubang tempat air mengalir tu dengan rambut..fuh memang seram, paling teruk semasa lepas melahirkan Ayman, adoi!...cuma sisir rambut pakai jari seja pun boleh dapat segenggam rambut!. Masa tu memang saya trpikir bahawa saya akan jadi botak...nasib baik tidak tapi rambut saya memang jadi nipis.

Nasib baik kali ni, tiada masalah rambut gugur!Lepas cuci rambut lepas siap berpantang saya menjangkakan banyak rambut gugur, nasib baik tiada masalah hehe...

penangan 40 hari...pengurangna 1 inci ml shampoo haha

Inilah kebaikan mengamalkan supplement Zinc, kerana zinc mampu memperbaiki masalah rambut gugur. Sesetengah orang akan mengalami masalah rmabut gugur lepas bersalin, macam saya. Ada pula yang mengalami masalah hormon.

Zinc sangat bagus untuk hormon terutama bagi orang lelaki kerana ianya mampu meningkatkan jumlah sperma, sesuai lah untuk orang yang berusaha nak dapatkan anak ^_^

Bagi saya zinc ni sangat banyak kesan baiknya, sebagai ibu lepas bersalin ni, zinc juga membantu mengecutkan rahim..so ini bagus sebab ianya akan membantu untuk darah nifas tu cepat kering so...bolehlah mula mandi wajib untuk solat ^_^



Wednesday, April 9, 2014

Satu Langkah Setiap Hari ^_^


Alhamdullilah...saya kini sudah selamat bersalin dan sedang dalam proses berpantang.
Baby kini berumur 18 hari ; hari ini. Sihat dan Alhamdullilah..susu badan sepenuhnya. Walaupun air susu cuma muncul pada hari ke-4 bersalin, saya memberikan susu ibu sepenuhnya sejak seminggu lalu, sebelum itu terpaksa combine dengan susu formula huhu...

Ini bermakna sudah 2 minggu saya tidak update blog hehe...bukan malas tetapi saya berusaha untuk memenuhi tanggungjawab menjaga ‘Amanah’ dari Tuhan iaitu baby saya ^_^

Setakat ini baby masih mampu bertahan dengan susu badan ibunya...walaupun sedikit...doa-doakan lah supaya air susu saya akan bertambah banyak sejajar dengan tumbesaran baby hehe...

Duduk-duduk di rumah ni, kalau tidak kawal perasaan dan merancang aktiviti harian dengan baik boleh naik bosan juga kan hehe...

So saya sudah merancang aktiviti harian saya seperti berikut :

Jam 6 bangun – Minum ESP, masak Sup / Bubur (untuk tambah air susu)
Jam 7:30 –Masak air panas, breakfast
Jam 8 – Mandikan baby, makan vitamin Shaklee-Set Berpantang (Vitalea+B Complex+Vitamin C)
Jam 10 – Minum ESP
Jam 12 – makan vitamin Shaklee-Set Berpantang(Zinc Complex)
Jam 12:30 – lunch
Jam 3-masak air panas, masak untuk dinner sekeluarga dan minum ESP
Jam 4- mandikan baby
Jam 7-dinner

Simplekan!
Hehe...sebenarnya tidak sesimple seperti di atas, bagi jam-jam yang tidak dinyatakan contohnya jam 9am,2pm,8pm....haa ini ialah masa-masa yang diisi untuk Breastfeeding.
Baby akan breastfeed lebih kurang sejam setiap kali...kadang-kadang tu dia main2 jak, buat peneman dia tidur hehe...
Masa-masa ini jugalah untuk saya mencuci kain, melipat kain, menyapu, mop lantai, mengemas rumah, menjemur kain...
Mengemas ni pula bukan kerja mudah ok, setiap pagi saya akan memunggah semua lampin kotor dan bersih, tuala2, tisu basah, botol air, botol susu dari bilik tidur ke ruang tamu. Lepas tu saya akan sediakan pakaian baby utk pagi dan malam sekali dgn tuala baru, lampin beberapa helai, mittens dan booties...setiap ruangan rumah saya jelajahi.
Bila ada kesempatan, saya juga akan cuci tandas(saya sangat cerewet kalau pasal tandas-kalau boleh saya nak cuci setiap hari supaya bersih berkilat macam di hotel hahah)
Haa..ingat senang?hehe...

Tapi sejujurnya,
Saya bahagia ^_^. Setakat ini saya langsung tiada komplen pada En.Suami betapa penatnya saya setiap hari. Saya tiada merungut betapa peritnya berpantang sendirian.
Mungkin juga level hormone cortisone/stress saya rendah hehe...terima kasih B-Complex Shaklee hehe.
Saya bahagia sebab saya tahu saya melakukan semua ini untuk apa dan untuk siapa.

Kan menyusukan bayi merupakan pahala yang besar bagi kaum wanita, membantu menjaga rumah tangga juga kewajipan wanita.
Saya cuma berharap saya dapat melakukan yang terbaik ^_^

Walaupun jauh di lubuk hati saya sudah gatal nak makan sushi lah, nak tengok wayang lah(kan ada wayang baru Johnny Depp-Transcendence hoho...) nak makan bakso urat lah, nak jalan-jalan ke Kundasang lah..ewah2 hehe...Tapi perasaan itu datang dan pergi.
Setiap malam saya sudah mula bersedia apa yang akan dilakukan, setiap malam saya menjangkakan waktu2 baby bangun iaitu jam 12 @ 1 dan jam 3 @ 4, dan jika dia bangun, setiap keperluannya perlu lah ‘at arms length’. Ya perlu bisa capai sendiri hehe...sebab semua orang tidur jadi kenalah berdikari. Tak macam waktu siang, ada Tatara hehe...ni lah, side kick saya...tak perlu orang gaji beb!haha...
Mungkin inilah hikmah yang lahir bersama baby..saya semakin faham betapa pentingnya merencana sesuatu sebelum mulai melakukannya. Sebelum ini saya kalau nak buat sesuatu ; buat terus hentam keromoks!haha...

Namun kadang-kadang, En. Suami yang bangun masa wee hours tu, dia tolong juga lah tukar2 lampin ni, bagi baby susu yang saya sudah takung dalam botol susu...setakat ni dia belum lagi tepuk2 bahu saya untuk bangun supaya buat tugas2 tu, kalau dia bangun dia diam2 buat kerja. Kalau dia x bangun saya pun tahu juga sebab baby akan terus nangis haha...

Ada baby kecil ni...memang tidur tidak lena, tapi tidur cukup pun apa gunanya kalau esok lusa, kesihatan anak terganggu. Contohnya lampin yang basah, kalau di biar jadi ruam kan...

Saya mengingatkan diri untuk sabar...hal sebegini berlanjutan sampai setahun atau kurang dari setahun saja (kalau rezeki hehe, kalau lebih dari itu pun, kira rezeki juga kan)

So....saya mengambil satu langkah setiap hari. Maklumlah sudah 6 tahun berlalu dari jarak kelahiran anak sebelum ini, rasa macam anak pertama juga lah...

Mata saya sekarang pun merah dan sembab hehe...tapi itu juga satu rezeki~


Tuesday, February 18, 2014

Kepentingan Berpantang

Sarat...semakin sarat haha...

Sekarang ni, time driving, jalan grubble rasanya mcm baring dalam bilik bersalin sudah...haii minta-minta lah JPJ repair jalan raya tu klu tidak, ada juga masuk akhbar Metro, " Ibu bersalin di Tepi Jalan"

Pagi tadi saya tambah lagi satu salinan baju baby yg sudah memang standby dalam kereta. Petua orang tua-tua cakap itu tanda-tanda hari sudah dekat, especially bila kita mula kerap kali membelek baju baby, memeriksa kelengkapan jika mencukupi, mengemas bilik...

Saya bangun pagi terus menyapu, belum minum air atau ke tandas, terus menyapu...hehe In Shaa Allah.

So saya pun mula merancang jadual harian semasa berpantang nanti, kali ini saya berpantang sendirian. Mahu belajar berdikari lah katakan..

Dulu masa Ayman Tara saya mengalahkan Permaisuri haha...dijaga oleh Ibu mertua semasa berpantang, sampaikan semasa anak pertama, Kakak ipar saya sendiri bersalin dalam bulan yang sama tapi Ibu Mertua memilih untuk menjaga saya. Semasa anak kedua, pun dijaga semasa bersalin, tak pernah saya cuci kain selama berpantang huhu...

Tapi kali ini, saya mahu merasa bagaimana berpantang sendiri, lagipun anak ketiga amboi~takkan lah tidak mahu belajar berdikari.

Baiklah, apa kepentingan berpantang?
Bagi adat orang melayu berpantang adalah penting bagi mengelakkan penyakit dimasa tua nanti. Antara teknik berpantang ialah :

  • Tidak boleh pegang air sejuk
  • Tidak boleh kena angin
  • Tidak boleh makan, makanan yang gatal (telur, terung, makanan laut)
Ini bermakna sebaiknya si Ibu tidak keluar rumah selama 40-44 hari.

Dalam Islam pula, berpantang adalah penting kerana darah nifas merupakan najis dan kotor sehingga habis darah nifas barulah tempoh berpantang berakhir.

Dalam sudut kesihatan/perubatan pula, berpantang penting kerana ianya memberi masa bagi rahim untuk pulih sepenuhnya. 

Jika anda pernah dengar perkataan 'Meroyan' nah....itulah yang paling penting untuk diteliti semasa tempoh berpantang.

Meroyan atau Baby Blues ialah penyakit yang biasanya menyerang selepas Ibu bersalin, ianya disebabkan oleh perubahan hormon dalam tubuh yang menyebabkan perubahan emosi si ibu. Jika tidak dipantau penyakit boleh menjadi kronik, tidak mampu dirawat dan menyebabkan masalah yang lebih serius contohnya membunuh diri atau paling teruk membunuh orang lain. Antara kisah paling popular melibatkan penyakit ini ialah kisah : Andrea Yates 
Penyakit meroyan jika tidak dicegah awal akan membentuk menjadi penyakit psikologi yang lebih teruk. Bahayanya penyakit ini sukar dikesan memandangkan ianya tidak menunjukan sebarang kesan terhadap peribadi si ibu secara jelas.
Penyakit ini juga akan semakin terbentuk dari satu anak ke anak yang seterusnya dan seterusnya. Bukan berjangkit tetapi hanya semakin menjadi serius jika tidak dikawal.

Sebab itulah kita sebagai orang Asia jarang mengalami kejadian sedemikian kerana seperti kita di Malaysia tidak kira berbangsa Dusun ka, Melayu ka, Cina ka tetap juga menitikberatkan hal berpantang.

Selama saya berpantang anak pertama saya mengamalkan Jamu -3 Dara, tetapi secara jujur saya tidak rasa sebarang perbezaan...berkemungkinan harga yang murah menyebabkan kualiti yang murah. So belum habis waktu berpantang saya tinggalakan jamu tu dan stok yang lain saya bagi kepada ahli keluarga yang lain.
Semasa anak kedua pula, saya tidak mengambil sebarang jamu dan hanya menjaga pemakanan sahaja...akibatnya? berat badan saya tidak terurus dan sehingga tahun 2012 berat badan saya mencecah 50KG!..dari berat badan ideal saya 43kg.

Dan kebenarannya selepas anak kedua...saya mengalami post-martum depression aka Baby Blues aka Meroyan. Tapi dalam kadar yang sangat rendah. Antara contohnya, setiap kali saya memikirkan pasal bil rumah, atau kerja yang menunggu di pejabat...Air susu saya akan terhenti.
Saya juga selalu murung dan sering marah-marah semasa berpantang.
Ini berterusan sehingga 5 tahun kemudian. Karakter saya jadi kuat marah dan selalu berfikir yang bukan-bukan. Tambahan lagi selepas Tara berumur 2 bulan, saya terus mengambil pil perancang.

Nasihat saya kepada tuan / puan...Janganlah mengambil pil perancang. Banyak lagi cara perancangan keluarga yang boleh kita guna.
Pil Perancang umpama racun pada tubuh. Pengambilan berpanjangan menyebabkan perubahan sikap si ibu kerana aturan hormon yang dibekalkan oleh pil perancang.

Bila hormon kita diubah dalam waktu yang lama, bukan mudah untuk memperbaikinya semula kerana dari perubahan hormon boleh menyebabkan perubahan perilaku, dari perubahan perilaku boleh mempengaruh sistem otak dan cara berfikir seterusnya menjadi TABIAT.
Oleh itu tuan-tuan jika isteri anda sudah jadi tidak ceria, meriah dan bermaya...mungkin juga disebabkan oleh pengambilan pil perancang. 

My advise : just STOP.

Oleh itu tuan / puan jangan pandang remeh akan isu berpantang kerana ianya boleh menyelamatkan nyawa dan menjamin kebahagian anda ^_^

Saya ada mengenali kawan yang kurang menjaga diri semasa berpantang, beliau pernah mengeluh belakang tengkuk kerap sakit menyebabkan beliau risau beliau berpenyakit darah tinggi.

Tuan / puan lazimnya menjaga kesihatan diri adalah tanggungjawab diri sendiri. Oleh itu, Jagalah Kesihatan anda demi anak-anak.

Setiap sesuatu yang berlaku adalah ketentuan Tuhan, kita hanya mampu bertawakkal dan yakinlah setiap permasalahan Pasti ADA jalan keluarnya ^_^