Showing posts with label pengalaman bersalin. Show all posts
Showing posts with label pengalaman bersalin. Show all posts

Wednesday, May 21, 2014

Pengalaman Bersalin cara Induce [Part 1]


Esok Mufi genap berumur dua bulan J
Syukur Alhamdullilah segala rintangan sebelum ini terasa manis pula hehe...

Saya ingat lagi pengalaman saya sejurus sebelum melahirkan Mufi. Mufi ni baby ‘overdue’ sebenarnya hehe...
Jangkaan tarikh bersalin ialah pada 12hb Mac, tapi tak lahir2 juga huhu...so Doktor advise tunggu hingga 21hb iaitu tambah 9 hari lagi, bagi dia chance untuk muncul sendiri hehe...tak keluar-keluar juga. Padahal sepanjang bersalin banyak tanda Mufi ni macam nak keluar cepat, saya pernah keluar darah, pernah contraction yang kerap, sakit punggung rasa meregang pun ada...kadang-kadang rasa ‘pintu’ tempat bersalin tu pun sudah mulai perit...tapi rupanya overdue dari tarikh jangkaan juga hehe...

So saya pun tunggu 9 hari, wah...Tuhan saja yang tahu perjuangan bawa baby lebih umur dalam perut ni, sudahlah berat, selera makan lagi bertambah..jadi Giant lah namanya haha...

Lepas cukup 9 hari saya pun lapor diri ke Klinik Wanita dan Kanakk-kanak Likas, cheh macam lapor diri mula kerja pula hehe...
Sebelum di admit dan diberikan katil, seperti biasa lah, saya siap kena korek-korek dan kena ikat alat cek ECG di perut untuk pantau hearbeat baby.

Pertama kali kena korek ialah oleh doktor wanita bertudung, hati sudah mula rasa bersyukur 'Yes! Doktor perempuan' saya kata dalam hati, relalah kena korek hehe...boleh tahan juga doktor tu, walaupun nampak lembut, tangan beliau sangat bertenaga, sakitnya bukan main sampai saya menangis...lama lagi dia pusing sana sini tu sambil kening berkerut; beliau tidak pasti “mm..macam...1cm...mm...hmm..” saya pula yang nervous tengok muka dia haha...
Lepas cek tu beliau rasa kurang yakin, so dia panggil doktor...Lelaki lah pulak huhu...sebab dia tidak yakin dia minta colleague dia turut cek....apa lagi buka lagi huhu...kali ni doktor lelaki tu minta nurse bagi dia ‘mulut itik’ addoi!...Speculum sekali lagi....



So dorang berdua bersama torchlight kecil sambil korek dan berbincang depan saya...adeh, rasa macam katak eksperimen pula haha...
Akhirnya keputusan mereka ialah : Masih tiada bukaan.
Apalagi tambah banyak lah air mata saya,padahal time tu kan sudah mula rasa contraction, pintu rahim pun rasa dah kembang, perut pun dah sempit, nafas pun sudah semput...
Tuhan saja yang tahu betapa takutnya saya pada masa tu. Takut sebab,kenapa tiada bukaan langsung?, takut sebab risau baby lemas dalam perut, takut sebab ada potensi kena bedah sedangkan saya nekad nak bersalin normal. Lepas tu nurse-nurse pun sukar nak cari kedudukan tepat untuk alat ECG jadi bunyi jantung baby kadang kedengaran kadang tidak..apa lagi panic memanjang lah saya...Macam-macam di pikiran saya waktu terbaring dalam bilik penilaian tu. Doktor tu pun dengan dahi berkerut(rasa simpati kali) tanya “sakit kah?”...saya pun tak larat jawab, sambil nangis-nangis macam budak tidak dapat ais krim, kesat air mata..saya cuma angguk air mata pula semakin deras.
Sebenarnya bukan sakit..tapi risau dan sedih sebab masih belum dapat bersalin secara neutral.

Selepas dinilai saya pun tunggu diberikan katil dalam wad, suami suruh bersabar dan redha kalau kena bedah sekalipun asalkan baby selamat, rupanya beliau maklumkan keadaan saya pada ahli keluarganya, sampai adik ipar call saya untuk tenangkan hati, katanya ada seorang kawan dia ada 3 orang anak yang semuanya pun overdue hampir dua minggu tapi semua anaknya selamat. Memang rasa bersyukur bila ada ahli keluarga yang memberikan sokongan...tapi hati tetap sedih sebab....memang saya lama sudah tunggu Mufi ni hehe...sejak dari umur kandungan 38 minggu memang ada petanda nak melahirkan sudah cuma...inilah yang dinamakan rezeki...

Anak pertama dan kedua langsung tiada masalah bersalin secara neutral. Ayman lahir pada 40 minggu dan sehari...overdue jugak tapi sehari saja hehe..
Tara pula lahir pada minggu 39 dan 6 hari. Pengalaman bersalin Tara lah yang paling senang...dua kali teran saja sudah keluar hehe...tapi seminggu sebelum tu saya contraction ingatkan nak bersalin, bila cek 2Cm kena tahan wad sampai 4 malam, doktor pakar sempat tolong regangkan pintu rahim, ehem paham-paham lah maksud ‘regangkan pintu rahim’ haha...macam satu penumbuk juga adaa~haha

Rezeki bersalin Mufi pula...saya kena Induced.
Lepas dapat katil, doktor pun terangkan bahawa ubat akan dimasukkan pada jam 6 pagi keesokannya. Malam pertama kena tahan tu, saya berusaha juga nak buka rahim jalan kesana kemari...tapi yah, bukan rezeki.


Sepanjang malam kerisauan apalah jadi lepas kena induce tu? Bentuk ubat induce tu macam mana? Sakitnya teruk kah? Ada orang cakap tersangat sakit melebihi bersalin normal, ada pula yang cakap sakitnya sekejap saja, hilang lepas baby lahir, ada kesankah?ubat telan ka ubat sumbat?

Rupa-rupanya banyak juga kawan yang concern, sampai ada yang sanggup mesej di FB..walaupun kurang rapat tapi beliau sanggup juga sharekan tips supaya mudah bersalin, sangat-sangat bersyukur. Antara tipsnya ialah air Zam-zam dan kurma...saya langsung tak tahu manfaat air zam-zam rupanya molekul air zam-zam ni jauh lebih istimewa dari jenis air yang lain...baru tahu huhu...
Malam tu saya tengok pesakit di sekeliling saya, nak berbual memang tak larat sebab saya penuh dengan kegusaran, saya cuma dapat tahu, semua pesakit dalam bilik kami ialah kes induced. Ada seorang ibu baru 7 bulan tapi dia kerap contraction dan jantung baby dia kadang ada dan kadang tiada, yang seorang macam saya juga tapi dia tiadalah tunggu sampai 9 hari, dia lebih sehari saja, kena admit sebab ada bukaan  1cm...saya pula selepas 9 hari masih tiada bukaan. Yang lain pula hanya tunggu kekosongan dewan bersalin kemudian dihantar masuk ke sana. Dalam pukul 8 seorang ibu dimasukkan ke dewan bersalin, kemudian jam 2 pagi seorang lagi masuk ke dewan bersalin. Saya memang tiada tidur malam tu huhu...

Sampai pada hari esok, awal saya bangun hehe... sebab nervous nak tengok ubat induce tu. Rupa-rupanya dia bentuk kapsul putih and...kena sumbat.
Tiada rasa pelik sebab dah memang berminggu-minggu saya sudah rasa perih so tiadalah kurang selesa sangat. Suami pula awal lagi sampai, maklumlah tidur di lobi menunggu, kesian..nasib tak jadi bongkok tidur di kerusi. Beliau bawa bubur dan mee goreng untuk sarapan. Cheh kalau bab makan sayalah juara hehe...berselera saya makan, apa tidaknya mee gorengnya dicampur lada haha...
Sebelum waktu tengahari tu suami kirimkan air zam-zam, kurma saya sudah sedia bawa dari rumah untuk kudap-kudapan. Mula jam 10 lebih saya amalkan air zam-zam dengan kurma sambil selawat.


Pada waktu tengahari, Ayman Tara ikut datang melawat...wah meriah katil saya, sampai saya yang tak tentu arah sebab nak kejar Tara daripada panjat katil orang, nak kena tegur Ayman supaya jangan menjerit. Mak dan adik lagi saling bergosip, husband lagi yang banyak bertanya.
Fuh...seharian tu saya tiada ketenangan...so waktu jam 2 petang saya pun bawa ayman tara turun ke taman untuk mereka bermain, saya pula berjalan-jalan..untuk buka rahim padahal waktu tu sudah mula rasa contraction dan sakit berpanjangan sampai tak boleh jalan tapi saya paksa juga sebab saya nak juga beranak malam tu.
Saya tak nak tunggu lagi sebab risau keadaan baby. Setiap kali ECG dilekapkan, nurse-nurse memang susah nak cari kedudukan yang sesuai untuk dengar degupan jantung baby dengan jelas. Sampai saya sendiri tolong cari kedudukan sesuai untuk lekapkan ECG. Risau saya pada waktu tu menjangkau lebih dari takut akan sakit tu sendiri...

Malam tu, saya memang rasa contraction lebih kerap. Mula dari jam 8 saya sudah mula kira contraction. Doktor yang periksa saya pada waktu tu mengesahkan saya sudah ada bukaan 3cm, Alhamdullilah, beliau pun berbincang dengan seorang  lagi doktor yang sedang memeriksa ibu yang lebih sehari yang juga sudah ada bukaan 3cm. Mereka memutuskan untuk tempah bilik bersalin bagi kami berdua, namun selepas itu tiada doktor mahupun nurse datang untuk memindahkan kami. So saya anggap bilik bersalin tu penuh dan meneruskan kiraan contraction saya. 

Walaupun sibuk mengira contraction saya sempat minta suami kirimkan...McD Spicy Chicken McDeluxe Yeahh...memang dalam apa hal sekalipun makan tetap number 1 hehe...habis licin.
Sambil-sambil tu saya jalan-jalan masih mengharap dapat bersalin malam tu..sampai jam 10 lebih saya macam sudah tak larat berjalan-jalan, contraction selang 5 hingga 2 ,imit selama 2 minit, saya pun baring untuk tidur kumpul tenaga khas untuk bersalin...bila nurse datang cek tekanan darah saya tanya bila lagi saya nak kena cek bukaan ni? Kan jam 12 tengah malam nak kena cek lagi, nurse tu cakap ya sekejap lagi doktor akan datang. Saya pun cuba tidur lagi tetapi mula dari jam 2 pagi tu. 

Something doesn’t feel right. (to be continue :) )

Thursday, February 27, 2014

Hikmah...itu Pasti

Tanggal 28 Feb 2014, hari terakhir bulan Febuari 2014.

Saya belum lagi bersalin hehe...mungkin Tuhan makbulkan doa suami saya supaya baby tidak lahir pada tarikh ini kerana jika ya, ini bermakna baby hanya akan dapat kek harijadi 4 tahun sekali huhu....
Saya pula tidak kisah jika bersalin pada tarikh ini kerana ianya jatuh pada hari Jumaat.

Kini...semua orang mulai bertanyakan "bila lagi nak bersalin?"

Pada 26hb yang lalu saya telah mengalami sedikit blood spotting, saya pun pergi ke hospital atas nasihat kawan, lagipun saya memang tidak pernah mengalami sebarang spotting pada kandungan anak pertama dan kedua.

Bila saya sampai di Hospital, saya terus ke Bilik Penilaian di Aras 2, seperti biasa nurse dan doktor buat normal check-up. Laporan ECG baby diambil dan juga blood pressure. Doktor Trainee yg memeriksa saya nampaknya seperti berbangsa Dusun, budi bahasa yang sangat polite ^_^, setelah memeriksa laporan ECG, beliau pun bagi komen bahawa semuanya dalam keadaan yang baik. Dia juga mengesahkan sebab sebenar saya ke hospital ialah kerana kerisauan terhadap blood spotting dan bukan kerana ada masalah lain. Saya bersetuju, beliau kemudian menerangkan bahawa spotting tersebut adalah salah satu tanda tubuh sudah mula bersedia untuk melahirkan bayi. Saya sempat mengambil gambar blood spotting saya lalu menunjukkan pada para doktor pemeriksa dan nurse dan semua pun memunjukkan ekspresi yang tidak panik. Setelah mendapat penjelasan saya kemudian meminta keizinan untuk pulang, tetapi doktor pelatih kemudian memaklumkan satu lagi pemeriksaan akan dibuat sebelum dibenarkan pulang. Pemeriksaan Bukaan CM...

"Aik?bukan x perlu kah?saya terkejut dan mulai panik.
"ya puan, kena cek juga"
Mungkin ekspresi wajah saya sangat obvious. Beliau pun cepat-cepat menerangkan bahawa beliau memahami keadaan saya dan sekiranya saya ingin diperiksa oleh doktor perempuan, beliau boleh meminta bantuan rakan setugasnya. 
Saya cepat-cepat bersetuju. Namun....apakan daya sedang doktor trainee dusun menjelaskan keadaan saya kepada rakannya, tiba-tiba doktor wanita tersebut dipanggil oleh doktor senior mereka. 

Dan...pastinya kerana ketentuan Tuhan, situasi kami dihidu oleh Doktor senior(seorang lelaki) mereka- yang agak cerewet sikit. Tidak semena-mena beliau tarik tabir katil saya kemudian dengan merajuk mengatakan bahawa bahagian mereka tiada doktor perempuan(jadi yang dua anak gadis bawa stetoskop tu apa??) then menambah kalau pun ada, doktor-doktor tersebut masih belum cekap memeriksa bukaan CM dan hanya beliau yang mengetuai bahagian Bilik Penilaian...saya terfikir, bolehkah beliau mendedahkan maklumat sedemikian?bukankah itu mencerminkan kelemahan KKM sendiri?
Beliau segera mengambil sarung tangan minta saya buka kaki dan menjerit memanggil doktor trainee wanita untuk belajar teknik 'mengorek' huhu...

Ya Tuhan...sakitnya~
Nasib baik beliau cepat buat kerja, selesai saja, sambil membuka sarung tangan beliau pun bagi komen,

"Puan, ini anak ketiga kan, puan sepatutnya sudah tahu tanda-tanda mahu bersalin...
saya mengangguk-angguk
...ini puan, langsung belum ada bukaan lagi ni."

Saya tercengang...1) sebab saya sudah genap 38 minggu tapi belum ada bukaan?. 2) sebab saya datang bukan untuk mintak cek bukaan tapi sekadar meredakan keraguan berkenaan blood spotting saya.

Saya terus menjawab, "saya datang sebab ada spotting"
"itu perkara biasa puan, takkan masa anak pertama dan kedua puan takde spotting"
saya terus menjawab "tidak pernah."
Beliau menepis balik kata-kata "ah, mustahil lah tiada puan, mungkin ada puan saja yang tak perasan atau dah tak ingat"

Eh~...siapa yang pernah mengandung dan melahirkan anak ni??...pelik, memang pelik.

Sepanjang hari...saya berfikir, kenapa saya belum ada bukaan CM, takut pun ada sebab ada kawan-kawan saya yang lain, mereka menceritakan mereka terpaksa diberikan ubat untuk induce bersalin.
Ada pula yang terpaksa Ceaserean.
Jika saya boleh meminta hajat...saya beraharap saya tidak perlu melalui ubat induce atau ceasarean, biarlah baby lahir secara normal.

Nampaknya baby tidak akan lahir dalam minggu ini...
In shaa Allah moga dipermudahkan...saya berharap baby lahir pada awal bulan hadapan tetapi saya tetap berserah dengan ketentuan Tuhan.

Segala yang terjadi dan bakal terjadi pastinya adalah untuk yang terbaik buat saya dan baby.

All is well in good timing.
Manalah tahu jika baby lahir pada tarikh tertentu, ianya akan mempengaruhi susunan kejadian hidup saya pada masa yang akan datang, contohnya jika belum bersalin, saya juga belum mengambil cuti, dan pada tarikh saya kembali bertugas mungkin pada tarikh yang lebih memudahkan kerja saya...in shaa Allah :)

Kaki Gajah...hahaha