Assalamualaikum ^_^
Hari ini..genaplah saya megandung selama 40 minggu plus 5
hari.
Yah...saya telah overdue selama 5 hari.
Masih tiada rasa sakit tanda bersalin, sama ada
contraction mahupun discharge.
Perasaan saya?
Tuhan saja yang tahu...
Pelbagai soalan bermain di fikiran saya...
Adakah kandungna saya selamat?
Perlukah saya tunggu lebih lama?
Apa yang perlu saya buat?
Mungkin...ini ialah dugaan Tuhan buat saya kerana secara
naturalnya memang saya jenis orang yang tidak gemar menunggu.
Tuhan menduga saya untuk menunggu 5 hari ataupun lebih.
Sebelum ini saya sudah pernah pergi ke Hospital Likas
iaitu pada 26 Feb yang lalu kerana terdapat blood spotting.
Selepas diperiksa rupanya ianya hanya mungkin disebabkan
oleh kedudukan bayi yang berubah posisi menyebabkan sedikit darah keluar
bersama lendir.
Saya kemudian dibenarkan pulang.
Kali kedua saya pergi ke Bilik Penilaian Hospital Likas
ialah semalam.
Sejak beberapa hari baby kerap bergerak didalam perut
sehingga saya beranggapan baby sudah merasa sesak dan kesempitan...
Bertambah-tambah lah kerisauan saya. Semasa normal
checkup di klinik Ibu dan Anak Menggatal, Medical Officer yang bertugas
menjelaskan air ketuban saya masih pada tahap selamat.
Memang kebiasaanya bagi kandungan yang melewati tarikh
jangkaan bersalin akan sentiasa diperiksa jumlah air ketubannya untuk
memastikan bayi masih selamat didalam perut.
Namun begitu, pergerakan baby saya sangat aktif seumpama
beliau juga ingin keluar dan menggeliat ke kiri dan ke kanan.
Rasa kasihan pun ada...
Banyak orang berkata...mungkin baby rasa seronok dalam
perut, atau mungkin baby belum mahu keluar atau mungkin baby itu dan ini...
Tapi saya rasa tidak patut meletakkan keputusan atau
kenyataan belum bersalin ini adalah atas keinginan si bayi...
Saya lebih bersifat menyalahkan diri sendiri...bagi saya
kebarangkalian saya belum bersalin mungkin disebabkan oleh badan saya yang
terlalu kurus sejurus sebelum bersalin.
Bayangkan berat badan saya cuma 41kg daripada ideal 44kg.
Saya juga kerap berjoging mungkin menyebabkan bahagian dalaman badan saya
semakin fit atau sempit.
Sehingga semalam...doktor mengesahkan saya masih belum
ada bukaan cm langsung.
40 minggu plus 5 hari...masih belum ada bukaan pintu
rahim.
Agak menakutkan...tapi apakan daya...inilah dugaan saya.
Bercerita tentang pengalaman saya semalam, pada jam 10:45
saya terasa sedikit cecair keluar secara mengejut. Ini membuatkan saya
menyangka ianya ialah air ketuban. Namun jika dipikirkan semula air ketuban
akan keluar secara tiba-tiba tanpa rangsangan seperti ditolak, atau terjatuh
atau tergelincir. Tetapi memandangkan saya sudah overdue 5 hari saya membuat
keputusan untuk pergi sahaja ke hospital.
Sebelum merasa air tersebut keluar saya dan baby berada
dalam kedudukan yg amat tidak selesa, baby bergerak tanpa henti sehingga
membuatkan pundi kencing saya ngilu beberapa kali. Selepas 2 kali ke tandas
saya cuba untuk baring, serentak dengan itu baby bergerak dan menggesel pundi
kencing saya lalu cecair tersebut keluar.
Apabila saya memeriksanya, saya dapati baunya seperti bau
najis bayi yang baru sebulan lahir (najis yang bewarna kehijauan). Bertambah
lah kerisauan saya, sebab selama saya mengandung memang saya mengalami maslaah
keputihan yang agak banyak..tetapi masuk trimester ketiga, keputihan tersebut
tidak gatal lagi dan hanya dalam bentuk cecair dan bukan lendir.
Suami pun mengajak pergi ke hospital, pada masa itu sudah
jam 11 malam. Syukur kali ini doktor yang bertugas ialah doktor yang agak lemah
lembut...tidak seperti kali pertama saya ke bilik Penilaian dimana doktornya
agak menjengkelkan sedikit...
Doktor pertama yang memeriksa ialah doktor lelaki dan
seorang jururawat. Memandangkan aduan saya pada kali ini ialah berkaitan dengan
air ketuban, mereka telah menggunakan ‘Speculum’ untuk memantau keadaan dalam
rahim...Speculum ialah alat berbentuk seperti mulut itik yang panjang...benda
tersebut dimasukkan kemudian di putar sehingga mencapai bukaan yang diinginkan
kemudian dikekalkan bagi penganalisaan.
Komen yang saya dengar:
Doktor : “macam discharge saja kan”
Nurse: “ya...macam keputihan...banyak...”
Selepas diperiksa, saya terus bertanya kepada jururawat,
beliau pun mengesahkan saya bukan pecah air ketuban tetapi keputihan saya
terlalu banyak sehingga bahagian pintu rahim saya boleh kelihatan keputihan
yang berkumpul. Saya terus bertanya adakah saya perlu mengambil ubat?beliau
memberitahu ubat hanya diperlukan sekiranya terdapat kegatalan.
Saya masih diminta baring kerana doktor wanita yang
merupakan senior pada malam itu ingin memeriksa saya sendiri.
Dan...untuk kedua kalinya mereka menggunakan spectulum...sakitnya
cuma Tuhan yang tahu, saya hanya menutup mata dan saya rasa...mereka ada
mengambil sampel..sama ada sampel air ketuban ataupun keputihan saya.
Selepas doktor wanita selesai menggunakan speculum,
seperti yang saya jangka beliau akan memeriksa bukaan pintu rahim. Mulanya
pergerakan beliau seperti biasa tetapi sejurus selepas itu saya rasa mungkin
doktor tu memasukkan seluruh genggaman
tangannya kedalam pintu rahim saya...badan saya pun sampai terundur kebelakang.
Ada juga beliau cakap sorry huhu...
Saya tidak tahu apa yang doktor wanita tu buat tadi tapi
mula dari situ saya asyik merasa sakit pada pintu rahim dan mula merasa
contraction yang lebih kerap...saya suspek..beliau cuba merangsang untuk pintu
rahim membuka sedikit.
Mungkin sebelum ini saya mungkin akan merasa marah
sedikit tapi..memandangkan sudah lewat 5 hari...saya hanya mampu bersabar
dengan apa jua yang bakal saya lalui.
Selepas pemeriksaan, doktor wanita menjelaskan bahawa
saya perlu dimasukkan ke wad untuk dipantau sekiranya benar air ketuban saya
pecah...dengan penuh budi bahasa saya menolak kerana mengikut pemeriksaan
fizikal dan juga deria instinct saya sendiri ianya bukan air ketuban. Saya memberi
alas an masih ada dua anak lagi di rumah yang perlu diurus untuk bersekolah
esok. Beliau agak kurang setuju tetapi meminta saya faham bahawa selepas keluar
dari bilik penilaian pihak doktor tidak mahu dipersalahkan dan membenarkan saya
pulang.
Sepanjang perjalanan sakit di pintu rahim semakin
menjadi-jadi. Tetapi adakah ianya mematahkan selera makan saya?..oh tidak,
haha...saya sempat singgah kedai mamak makan mee hailam dan minum setin 100
plus pada jam 2 pagi hohohoh...
Pagi ini saya terbangun pada pukul 6:25 pagi, saya
melihat sekeliling, Ayman dan Tara sudah tiada di katil, terkejut saya bukan
main, suami yang tidur di tilam atas lantai masih lagi nyenyak, kelam kabut
saya menyedarkan beliau...nah nasib baik kan saya tidak membuat keputusan
ditahan dalam wad...kalau tidak, entah macam mana karangan saya nanti untuk
menulis surat tunjuk sebab
Ayman tidak turun sekolah.
So...pada masa ini saya ada mengalami sedikit contraction
yang datang dan pergi..masih meneruskan aktiviti biasa seperti menyapu, mencuci
kain, menjemur...
Saya sangat berharap baby saya lahir dengan berbintang
Pisces hehe...seperti Tara juga dulu saya mengharapkan beliau berbintang
Scorpio...namun perancangan Tuhan itu sentiasa kena pada baiknya...jika anak
saya lahir berbintang Aries, saya redha...bapa saya juga berbintang Aries J..
Tarikh 21 Mac permulaan bagi horoskop berbintang Aries,
tarikh itu jugalah yang telah ditetapkan untuk saya di ‘induce’ iaitu diberikan
ubat untuk pembukaan pintu rahim (secara paksa)...apakan daya...
Siapa sangka pengalaman mengandung anak ketiga ini
memberikan saya pengalaman yang baru dan sangat menduga. Mungkin ini ialah didikan
dari Tuhan supaya saya belajar menunggu dengan sabar dan sentiasa bertawakkal.
Seperti dalam buku ‘Mudahnya Mencari Rezeki-Fathuri
Salehuddin’ –Benarlah kita kena usaha, tetapi rezeki itu dari Tuhan- maknanya
kita memang mesti rajin berusaha tetapi Tuhan telah menetapkan kejadian akan
tiap-tiap sesuatu.
Sekian saja entri pada kali ini, harapan saya...masih kuat
iaitu untuk melahirkan baby secara normal tanpa perlu ubat ataupun pembedahan.
Kerana saya percaya nikmat menjadi seorang ibu dicapai
menerusi kesakitan yang amat sangat dan dasyhat semasa melahirkan bayi dari
perut dan berbaloilah dengan lahirnya si bayi begitu juga lah perumpamaan lahirnya
si ibu semula dimana dosa-dosa kecilnya diampunkan oleh Tuhan.
Amin~