Assalamualaikum dan Salam Sejahtera~
amboi pembukaan yg sangat formal pula hehe...iya lah kan kita ni masih lagi dalam mode Raya2...memanglah sana sini kena formal kan datang rumah orang bertandang kenalah beradab hehe...
Hah...ini kalau datang rumah orang ni memang boleh jadi 'disastrous' jugak...especially yang melibatkan isu hygiene @ kebersihan...
Kalau setakat sebuah rumah saja x kisah lah..tapi kalau mau 10 rumah nak kena visit...fuhh~penat macam kerja OT juga tu hehe...
Balik rumah mesti mengampai : kombinasi penat + kenyang haha
Ok cerita raya then now cerita Shaklee hehe...
Hari ni cerita pasal Pektay.
Hah...tau apa tu Pektay?...eish kita orang perempuan ni memang tau sangat lah apa tu Pektay...
ada yang biasa2 saja ada pula yg sudah jadi musuh ketat! haha
Bagi pengalaman saya, kalau badan saya mula penat dan rasa panas...saya lebih mudah dapat Pektay atau Keputihan ni.
Dulu masa pregnant Mufi...fuihh memang dugaan berat masalah keputihan ni..sampaikan nurse yang periksa pintu rahim hari tu boleh cakap " mungkin ko ni lambat beranak sebab keputihan ko ni banyak...tebal di pintu rahim"
hmm...mungkin ada benarnya juga sebab saya mengandung Mufi 40 minggu plus 11 hari, nah ambekk kau haha..
Semasa dalam pantang tu saya sudah mengamalkan set bersalin Shaklee..Alhamdullilah, masalah Pektay saya hilang!
Ok...masing2 punya badan setiap apa yang kita makan akan memberi kesan yang berbeza. Bagi saya maslaah keputihan saya berkurangan dengan pengambilan 2 biji pagi dan malam Vitamin C.
Maknanya badan saya perlu stay hidrated setiap masa untuk mengelakkan hormon badan saya menghasilkan keputihan.
Penyebab Pektay ada banyak antaranya ialah Hormon dan yang ramai tak tahu ialah Stress!.
So! jangan stress2 kawan2...memang sebagai wanita ni macam2 benda boleh bikin kita stress, nak urus anak-anak, nak urus makan minum, rumah terbuka lagi, lepas tu nak bayar bil on time then anak lagi kurang sihat then trdengar lagi gossip2 time makan biskut raya...
Eh~memang senang sangat2 untuk kita jadi stress
Jadi untuk elakkan stress pun banyak caranya...kita boleh amalkan hidup sihat, Stay Positive, Zikir dan ambil supplement pun boleh juga.
Bulan ni bulan BEST...sebab Promo bulan Ogos ni ialah promo GLA Complex! Beli 6 Percuma 1!
Siapa perlukan GLA?...hmm...let's see..adakan anda seorang wanita?mak anda pun wanita, isteri anda, kakak anda...Anda pula seorang lelaki?
Eh, siapa cakap tak boleh?!...boleh sangat2 hehe sesuai untuk yang ada masalah kencing tak lancar.
Amalkan cara hidup Sihat!..selagi hayat dikandung badan ^_^
Tuesday, August 5, 2014
Stress & Pektay
Labels:
hormon imbalance,
hormone,
keputihan,
pektay,
petua tekanan,
shaklee,
Shaklee KK,
stress,
vaginal discharge
Monday, July 7, 2014
Ibu oh Ibu
Pagi ni...saya bermula dengan rasa perjuangan yang sangat...
Walaupun sudah berjumpa pakar, tidak semestinya keadaan anak kita akan sembuh seperti Magik. Semua hal dalam hidup juga begitu segalanya memerlukan proses.
Paling penting ialah kita kuatkan hati dan kawal perasaan, set minda untuk sentiasa melihat dan merasa yang positif. In Shaa Allah dipermudahkan.
Mufi lebih lemah dari biasa, walaupun bangun lewat, dia kerap terlelap...bukan kerana mengantuk tetapi kerana penat. Dia seakan tidak bermaya...
Sebagai Ibu...memang luluh hati melihat anak yang sakit.
Perasaan tu memang sukar digambarkan...hanya terlihat dari air mata yang menitis...
Seharusnya Ibu lah yang paling pakar dalam menepati keperluan anak.
Bila seorang wanita menjadi Ibu...segala yang dilakukannya adalah untuk mencapai yang terbaik untuk anak-anaknya...
Namun, saya meyakinkan diri...bahawa ini adalah cara untuk Tuhan menduga kita untuk lebih bertawakkal kepadaNya.
Mufi masih boleh ketawa bila saya bergurau dengannya...Harapan saya keadaannya akan bertambah pulih hari ini.
Sehingga itu saya mesti melalui hari-hari saya dengan hati yang KUAT sampai Mufi berumur satu tahun dan start bagi dia Shaklee ♥ ^_^
Walaupun sudah berjumpa pakar, tidak semestinya keadaan anak kita akan sembuh seperti Magik. Semua hal dalam hidup juga begitu segalanya memerlukan proses.
Paling penting ialah kita kuatkan hati dan kawal perasaan, set minda untuk sentiasa melihat dan merasa yang positif. In Shaa Allah dipermudahkan.
Mufi lebih lemah dari biasa, walaupun bangun lewat, dia kerap terlelap...bukan kerana mengantuk tetapi kerana penat. Dia seakan tidak bermaya...
Sebagai Ibu...memang luluh hati melihat anak yang sakit.
Perasaan tu memang sukar digambarkan...hanya terlihat dari air mata yang menitis...
Seharusnya Ibu lah yang paling pakar dalam menepati keperluan anak.
Bila seorang wanita menjadi Ibu...segala yang dilakukannya adalah untuk mencapai yang terbaik untuk anak-anaknya...
Namun, saya meyakinkan diri...bahawa ini adalah cara untuk Tuhan menduga kita untuk lebih bertawakkal kepadaNya.
Mufi masih boleh ketawa bila saya bergurau dengannya...Harapan saya keadaannya akan bertambah pulih hari ini.
Sehingga itu saya mesti melalui hari-hari saya dengan hati yang KUAT sampai Mufi berumur satu tahun dan start bagi dia Shaklee ♥ ^_^
Immune Booster
Meningkatkan Sistem Imunisasi Badan.
Organ yang paling mudah dijangkiti kuman ialah hidung, mulut dan mata.
Nutriferon menggalakkan interferon semulajadi badan dan menguatkan tindak balas imunisasi badan.
Interferon ialah protein yang dibina dan dibebaskan oleh sel hos badan sebagai respon sekiranya virus, bacteria, parasit dan sel tumor wujud. Ianya menggalakan komunikasi diantara sel untuk menjana pertahanan sistem imunisasi tubuh badan.
Mengelakkan Jangkitan
Pengambilan vitamin C secara kunyah adalah amat disyorkan kerana ianya lebih mudah diserap kedalam usus kecil. Tambahan lagi aktiviti anak-anak sangat aktif yang menyebabkan mereka lupa minum air.
Vitamin C SANGAT PENTING untuk pembentukan gigi, tulang dan gusi yang sihat serta membantu pembentukan kolagen untuk kulit yang cantik.
Kanak-kanak kan suka makan gula-gula yang merosakkan gigi dan mudah tercedera semasa bermain menyebabkan luka-luka pada kulit.
Tumbesaran Sihat
Nutrisi lengkap bersamaan 24 jenis vitamin dan mineral.
Memudahkan anak membuang air besar, rasa yang sangat sedap dan meningkatkan selera makan serta membantu detoksifikasi membuang lebihan lemak dan sisa kotoran dari usus.
Mudah-mudahan dipermudahkan buat saya dan Mufi ^_^
Labels:
imunisasi anak,
jangkitan,
kesihatan,
makanan tambahan kanak-kanak,
mealshakes,
nutriferon,
nutrisi bayi,
shaklee,
Shaklee Chewable Vita-C Plus,
supplement,
vitamin kanak-kanak
Mufi jumpa Pakar
Akhirnya selesai juga urusan saya pheww~
Sebagai ibu, bila anak sakit memang hidup serba tidak kena...selama Mufi sakit saya sendiri sangat moody dan cepat marah-marah kerana tertekan...Syukur Alhamdullilah, saya telah membuat keputusan untuk bawa Mufi berjumpa pakar.
Sebenarnya Mufi sudah mula batuk, selesema dan deman sejak berumur 1 bulan lagi.
Entahlah...itulah orang cakap, rezeki ni datang dalam pelbagia bentuk...ada orang dapat anak yang gemuk-gemuk malah sihat-sihat.
Ada pula yang macam saya, Mufi cuma berat 4.6kg walaupun sudah berumur 3 bulan.
Dia mula selesema sejak lahir dari perut (ada cecair di hidung dan pandai bersin sejurus lahir)
Kemudian bila berumur 1 bulan beliau mula demam yang on/off
Bila umur 2 bulan, beliau mula batuk berkahak dan berlanjutan hingga umur 3 bulan.
Bila sebut pasal pakar...memang ibu-ibu akan rasa kecut, ialah stigma kita bila jumpa pakar ni umpamanya anak kita ni sakit teruk.
Saya pun rasa begitu juga...tetapi tetap kuatkan hati jugak untuk dengar komen pemeriksaan dari doktor.
Masa masuk bilik Doktor Liaw, kami awal-awal sudah disambut mesra, doktor mencapai Mufi dan baringkan Mufi pada katil dengan lemah lembut.
Kami juga mengambil kesempatan untuk bertanyakan banyak soalan. Keistimewaan Doktor Liaw ni ialah beliau akan menjawab soalan dengan jelas.
Yup, tanpa menimbulkan rasa teka-teki.
Klinik beliau juga menyediakan bilik untuk anak-anak bermain so, kami tiada masalah tinggalkan Ayman Tara di luar bilik Doktor.
Selepas pemeriksaan Doktor Liaw menjelaskan Mufi mengalami Bronchitis, sejenis penyakit yang mudah menyerang bayi dan perkara yang sangat normal.
Mungkin beliau menjelaskan demikian kerana melihat air muka saya yang super-worried!haha...
Syukur Alhmadullilah, kahak Mufi cuma pada saluran pernafasan dan tidak didalam paru-paru, Doktor juga menjelaskan sekiranya Bronchitis dipandang remeh ianya boleh mengakibatkan Asthma.
Benda tu yang buat saya sangat risau sebab dulu Ayman pun mengalami Asthma, tetapi dengan daya usaha dan rezeki dari Tuhan, Ayman sembuh dari Asthma semasa umur kurang dari setahun.
Harap-harap Mufi dapat melalui cabaran ketika membesar ini dengan baik sebab doktor menjelaskan Bronchitis terjadi kerana saluran pernafasan bayi yang belum matang dan akan berkurangan sepanjang tumbesaran bayi hingga berumur setahun.
Selepas jumpa doktor, kami turun ke tingkat bawah untuk ke Farmasi...bila bayar bil....
Saya relakan saja keluarkan duit huhu...
Bukannya saya berkira sangat akan kesihatan anak, tetapi jika duit tu saya pakai untuk beli supplement Shaklee...sebenarnya jauh lebih baik kerana kos sedemikian bagi produk Shaklee boleh digunakan sehingga 2-3 bulan lamanya!
Sebab itulah, saya merancang sejurus selepas Mufi berumur setahun saya akan bancuh makanan dan minuman dia dengan Nutriferon, Mealshakes dan Chewable Vitamin C ^___^
Sebagai ibu, bila anak sakit memang hidup serba tidak kena...selama Mufi sakit saya sendiri sangat moody dan cepat marah-marah kerana tertekan...Syukur Alhamdullilah, saya telah membuat keputusan untuk bawa Mufi berjumpa pakar.
Sebenarnya Mufi sudah mula batuk, selesema dan deman sejak berumur 1 bulan lagi.
Entahlah...itulah orang cakap, rezeki ni datang dalam pelbagia bentuk...ada orang dapat anak yang gemuk-gemuk malah sihat-sihat.
Ada pula yang macam saya, Mufi cuma berat 4.6kg walaupun sudah berumur 3 bulan.
Dia mula selesema sejak lahir dari perut (ada cecair di hidung dan pandai bersin sejurus lahir)
Kemudian bila berumur 1 bulan beliau mula demam yang on/off
Bila umur 2 bulan, beliau mula batuk berkahak dan berlanjutan hingga umur 3 bulan.
Bila sebut pasal pakar...memang ibu-ibu akan rasa kecut, ialah stigma kita bila jumpa pakar ni umpamanya anak kita ni sakit teruk.
Saya pun rasa begitu juga...tetapi tetap kuatkan hati jugak untuk dengar komen pemeriksaan dari doktor.
Masa masuk bilik Doktor Liaw, kami awal-awal sudah disambut mesra, doktor mencapai Mufi dan baringkan Mufi pada katil dengan lemah lembut.
Kami juga mengambil kesempatan untuk bertanyakan banyak soalan. Keistimewaan Doktor Liaw ni ialah beliau akan menjawab soalan dengan jelas.
Yup, tanpa menimbulkan rasa teka-teki.
Klinik beliau juga menyediakan bilik untuk anak-anak bermain so, kami tiada masalah tinggalkan Ayman Tara di luar bilik Doktor.
Selepas pemeriksaan Doktor Liaw menjelaskan Mufi mengalami Bronchitis, sejenis penyakit yang mudah menyerang bayi dan perkara yang sangat normal.
Mungkin beliau menjelaskan demikian kerana melihat air muka saya yang super-worried!haha...
Syukur Alhmadullilah, kahak Mufi cuma pada saluran pernafasan dan tidak didalam paru-paru, Doktor juga menjelaskan sekiranya Bronchitis dipandang remeh ianya boleh mengakibatkan Asthma.
Benda tu yang buat saya sangat risau sebab dulu Ayman pun mengalami Asthma, tetapi dengan daya usaha dan rezeki dari Tuhan, Ayman sembuh dari Asthma semasa umur kurang dari setahun.
Harap-harap Mufi dapat melalui cabaran ketika membesar ini dengan baik sebab doktor menjelaskan Bronchitis terjadi kerana saluran pernafasan bayi yang belum matang dan akan berkurangan sepanjang tumbesaran bayi hingga berumur setahun.
Selepas jumpa doktor, kami turun ke tingkat bawah untuk ke Farmasi...bila bayar bil....
Saya relakan saja keluarkan duit huhu...
Sebab itulah, saya merancang sejurus selepas Mufi berumur setahun saya akan bancuh makanan dan minuman dia dengan Nutriferon, Mealshakes dan Chewable Vitamin C ^___^
Untuk Imunisasi
Untuk tumbesaran
Untuk menghalang jangkitan penyakit
Mudah-mudahan Mufi cepat sembuh dan berjaya melepasi dugaan ini ^_^...Mak pun kena Sabar, Tabah dan Tawakkal. Amin~
Labels:
bronchitis,
Dr.Liaw Yun Haw,
klinik pakar paediatrik,
KPJ Sabah,
Mealshakes Shaklee,
nutriferon,
nutrisi anak,
shaklee,
Shaklee Chewable Vita-C Plus
Thursday, May 29, 2014
Hormon dan Kanser
Saya selalu tertanya-tanya sebenarnya ' bagaimana kanser boleh terjadi?'
Dulu ada kawan sepejabat mengalami kematian dalam keluarga disebabkan kanser. Bila beliau bertanya apakah penyebab kanser ; Doktor menjelaskan antara faktor penyebab ialah tabiat makan. Terutama makanan seperti daging merah,makanan mengandungi tinggi lemak dan banyak lagi...
Saya tanyalah beliau betulkah ahli keluarganya itu kuat makan daging dan banyak makanan berlemak?. Beliau menjawap tidak juga tetapi ahli keluarganya itu suka makanan yang dipanggang...umum kita tahu makanan dipanggang lebih sihat berbanding yang digoreng kerana proses memanggang membantu mengeringkan minyak dari daging...
Masalahnya...ahli keluarganya itu sangat suka bahagian daging yang hangus terbakar. Sebenarnya daging yang sudah hangus terbakar sebegitu adalah sangat bahaya kerana mengandungi Carcinogen iaitu penyebab Kanser.
Kemudian saya bertanya lagi kepada kawan sepejabat terkini, beliau mengambil jurusan sains semasa bersekolah dan banyak ahli keluarga beliau menghidapi kanser. Menurut beliau ianya disebabkan sel-sel badan yang bermutasi dan bertambah jumlah lebih daripada biasa dan menyebabkan kanser. Bila sel bertambah lebih dari sepatutnya ia mengganggu sistem badan dan menyebabkan ketidakseimbangan dalam sistem tubuh.
Dan baru-baru ini saya telah membaca buku Working with Emotional Intelligence -Daniel Goleman, beliau menerangkan bahawa bila kita mengalami stress ; badan kita akan merembeskan berbagai jenis hormon untuk membuat tubuh badan kita bersedia untuk melawan atau mengelak(fight or flight). Di antara hormon tersebut ialah hormon Cortisol iaitu hormon stress. Inilah penyebab 'Bad Mood', penat dan pelbagai masalah emosi. Beliau juga menjelaskan selepas badan melepaskan hormon cortisol, walaupun masalah yang dihadapi telah diselesaikan, hormon tersebut masih mampu kekal didalam badan untuk beberapa jam!..
Ini bermakan stress yang berpanjangan mampu menyebabkan lebih banyak penyakit, melemahkan sistem imunisasi, menyebabkan kelembapan dalam pelajaran/pemikiran dan untuk jangka masa yang lama....Mampu menyebabkan KANSER!.
Sangat menakutkan bukan...
Saya tahu stress yang berpanjangan sangat buruk untuk kesihatan seseorang terutama dari segi hubungan rumahtangga dan di tempat kerja tapi tidak menyangka ianya boleh menyebabkan kematian!..
Bagi saya sendiri saya mengamalkan B-Complex setiap hari untuk mengurangkan stress harian. Vitamin B-complex Shaklee mengandungi kesemua 8 vitamin iaitu : B1,B2,B3,B5,B6,B12, asid folik dan biotin yang telah menepati garis panduan RDA(Resource Description and Access, the title of the third revision of the Anglo-American Cataloguing Rules, a library cataloguing standard used to support the discovery, identification and employment of information resources)
Vitalea,B-Complex,Sustained Relased Vitamin C,Zinc Complex & Alfalfa Complex
Bagaimana B-complex membantu mengurangkan stress kita? ialah dari kandungan vitamin B6 yang menghasilkan bahan kimia di otak yang dipanggil sebagai Serotonin yang menyebabkan mood menjadi lebih baik dan membantu menangani hormon stress dengan baik.
Untuk mengurangkan stress boleh juga mengambil GLA kerana ianya mengimbangi hormon-hormon didalam badan.
Selain itu, untuk memperbaiki sel dalaman dan luar. Setiap orang perlu mengambil sumber protein bagi menghasilkan sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel yang mati samada sel luaran seperti kulit dan rambut juga sel dalaman seperti darah,gland dan organ. ESP ialah sumber protein yang TERBAIK sejak tahun 1961 dan kekal berada dipasaran selama lebih dari 50 tahun!Kini baru saya sedar betapa pentingnya mengawal hormon stress dalam kehidupan harian. Selain dari mengambil supelment saya juga mencuba cara yang disyorkan oleh penulis Daniel Goleman iaitu apabila kita menghadapi situasi yang menyebabkan kita terkenangkan masalah serupa yang pernah berlaku sebelum ini contohnya handphone hilang ; otak kita akan menghantar maklumat ke bahagian memori untuk merasai perasaan yang sama contohnya perasaan sedih dan kemudian akan mengarahkan sistem badan untuk bertindak sebagaiamana kelakuan yang telah biasa dilakukan semasa menghadapi hal tersebut contohnya menangis.
Oleh itu mengikut beliau, kita perlu melatih diri untuk mengatakan 'TIDAK' secara sedar apabila pemikiran kita mula mengenangkan keadaan yang serupa dan sebelum kita mula merasai perasaan yang serupa kita perlu cepat-cepat mengaktifkan 'just-say-no response'
Untuk membaca lebih lanjut berkaitan Hormon dan Stress sila lawati link dibawah :
Labels:
B-complex,
cara hilangkan stress,
ESP,
GLA,
mengurangkan tekanan,
penyebab Kanser,
shaklee,
stress
Monday, May 26, 2014
Perbezaan 4 tahun
cuti-cuti ni memang best tengok gambar-gambar lama, sambil mengenang kisah dulu-dulu hehe...
perkara paling wajib bila buka album lama ; pastinya belek-belek gambar diri sendiri kan~
So saya pun sama juga...nasib baik masih ada simpan semua gambar lama...baru boleh nampak perubahan diri dari tahun ke tahun ^_^
saya cuma dapat share gambar mula dari tahun 2010, sebab baru belajar bertudung waktu tu hehe...
Lepas belek-belek baru perasan...penambahbaikan pada kulit muka dan berat badan...tapi...berat badan skrg jangan kira la yek...sebab kan baru bersalin : mana aci kan! haha...
Tahun 2010 masih dalam industri pelancongan ; kulit memang hitam legam sebab kerja sebagai pemandu pelancong dari tahun 2000-2009. Tahun 2010 barulah kerja indoor sepenuhnya.
Mei 2011(50kg)
gambar ni silau sikit, so kecerahan wajah adalah disebabkan 'lighting'hehe...
Mei 2012(ada kurus sikit..)
Tahun 2012 saya kerap kena sinutis(resdung) tu yang hidung macam Rudolph red nose reindeer tu hehe...sapu tangan adalah besties time tu
Mei 2013
ni zaman kegemilangan berat badan ideal saya hehe..43kg tapi kulit mac legamss...tengok Ayman lagi cerah daripada saya huhu...
Mei 2014
hehe...ni masa Training di Shaklee dengan Presiden Shaklee Malaysia En. Victor Lim. Syukurlah kulit lebih cerah dari En. Victor hehe...
Rahsia saya?
yup...ESP untuk tenaga dan tahan lapar juga boleh mengurangkan sakit Gastrik saya dan Alfalfa pula untuk detoksifikasi so boleh membantu mengurangkan berat badan berlebihan dan membuang toksin dalam tubuh
ESP ialah protein soya yang 100% asli tanpa perisa, pewarna dan perasa tambahan. ESP mengandungi protein dengan 9asid amino lengkap yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk pembentukan dan rawatan kepada semua sel luar dan dalam badan iaitu kulit, rambut,gigi,darah,kuku,otot dan memperbaiki hormon.
Umum kita tahu hormon adalah penyebab jerawat, mood swing, rambut gugur dan banyak lagi.
Dengan merawat sel dalam badan, fungsi penyerapan nutrien dari makanan atau supelment akan lebih efektif dan berkesan.
Lepas bersalin bulan Mac lalu barulah saya mengamalkan Shaklee Vitalea, Sustained Released Vitamin C, Zinc-complex dan B-Complex.
Syukur alhamdullilah sakit lepas beranak cepat hilang walapun saya bersalin menggunakan ubat induced.
Terbuktilah kualiti produk Shaklee sesuai dengan nilainya ^_^
Lagi gambar kenangan hehe... :
Yang kiri Feb 2013 dan yang kanan Dec 2013
Mei 2013
macam sama ja kaler muka kami hahah...
Mac 2014
time sarat mengandung (sudah overdue dari EDD huhu)
Mei 2013
Tara lebih cerah...
Dec 2013
Memang saya sangat berpuas hati dan akan terus mengamalkan ESP ni sampai bila-bila ^_^
Wednesday, May 21, 2014
Pengalaman Bersalin cara Induce [Part 1]
Esok Mufi genap berumur dua bulan J
Syukur Alhamdullilah segala rintangan sebelum ini terasa
manis pula hehe...
Saya ingat lagi pengalaman saya sejurus sebelum
melahirkan Mufi. Mufi ni baby ‘overdue’ sebenarnya hehe...
Jangkaan tarikh bersalin ialah pada 12hb Mac, tapi tak
lahir2 juga huhu...so Doktor advise tunggu hingga 21hb iaitu tambah 9 hari
lagi, bagi dia chance untuk muncul sendiri hehe...tak keluar-keluar juga.
Padahal sepanjang bersalin banyak tanda Mufi ni macam nak keluar cepat, saya
pernah keluar darah, pernah contraction yang kerap, sakit punggung rasa
meregang pun ada...kadang-kadang rasa ‘pintu’ tempat bersalin tu pun sudah
mulai perit...tapi rupanya overdue dari tarikh jangkaan juga hehe...
So saya pun tunggu 9 hari, wah...Tuhan saja yang tahu
perjuangan bawa baby lebih umur dalam perut ni, sudahlah berat, selera makan
lagi bertambah..jadi Giant lah namanya haha...
Lepas cukup 9 hari saya pun lapor diri ke Klinik Wanita
dan Kanakk-kanak Likas, cheh macam lapor diri mula kerja pula hehe...
Sebelum di admit dan diberikan katil, seperti biasa lah,
saya siap kena korek-korek dan kena ikat alat cek ECG di perut untuk pantau
hearbeat baby.
Pertama kali kena korek ialah oleh doktor wanita
bertudung, hati sudah mula rasa bersyukur 'Yes! Doktor perempuan' saya kata dalam
hati, relalah kena korek hehe...boleh tahan juga doktor tu, walaupun nampak
lembut, tangan beliau sangat bertenaga, sakitnya bukan main sampai saya
menangis...lama lagi dia pusing sana sini tu sambil kening berkerut; beliau
tidak pasti “mm..macam...1cm...mm...hmm..” saya pula yang nervous tengok muka
dia haha...
Lepas cek tu beliau rasa kurang yakin, so dia panggil
doktor...Lelaki lah pulak huhu...sebab dia tidak yakin dia minta colleague dia
turut cek....apa lagi buka lagi huhu...kali ni doktor lelaki tu minta nurse
bagi dia ‘mulut itik’ addoi!...Speculum sekali lagi....
So dorang berdua bersama torchlight kecil sambil korek
dan berbincang depan saya...adeh, rasa macam katak eksperimen pula haha...
Akhirnya keputusan mereka ialah : Masih tiada bukaan.
Apalagi tambah banyak lah air mata saya,padahal time tu
kan sudah mula rasa contraction, pintu rahim pun rasa dah kembang, perut pun
dah sempit, nafas pun sudah semput...
Tuhan saja yang tahu betapa takutnya saya pada masa tu.
Takut sebab,kenapa tiada bukaan langsung?, takut sebab risau baby lemas dalam
perut, takut sebab ada potensi kena bedah sedangkan saya nekad nak bersalin
normal. Lepas tu nurse-nurse pun sukar nak cari kedudukan tepat untuk alat ECG
jadi bunyi jantung baby kadang kedengaran kadang tidak..apa lagi panic memanjang
lah saya...Macam-macam di pikiran saya waktu terbaring dalam bilik penilaian
tu. Doktor tu pun dengan dahi berkerut(rasa simpati kali) tanya “sakit kah?”...saya
pun tak larat jawab, sambil nangis-nangis macam budak tidak dapat ais krim,
kesat air mata..saya cuma angguk air mata pula semakin deras.
Sebenarnya bukan sakit..tapi risau dan sedih sebab masih
belum dapat bersalin secara neutral.
Selepas dinilai saya pun tunggu diberikan katil dalam
wad, suami suruh bersabar dan redha kalau kena bedah sekalipun asalkan baby
selamat, rupanya beliau maklumkan keadaan saya pada ahli keluarganya, sampai
adik ipar call saya untuk tenangkan hati, katanya ada seorang kawan dia ada 3
orang anak yang semuanya pun overdue hampir dua minggu tapi semua anaknya
selamat. Memang rasa bersyukur bila ada ahli keluarga yang memberikan
sokongan...tapi hati tetap sedih sebab....memang saya lama sudah tunggu Mufi ni
hehe...sejak dari umur kandungan 38 minggu memang ada petanda nak melahirkan
sudah cuma...inilah yang dinamakan rezeki...
Anak pertama dan kedua langsung tiada masalah bersalin
secara neutral. Ayman lahir pada 40 minggu dan sehari...overdue jugak tapi
sehari saja hehe..
Tara pula lahir pada minggu 39 dan 6 hari. Pengalaman
bersalin Tara lah yang paling senang...dua kali teran saja sudah keluar
hehe...tapi seminggu sebelum tu saya contraction ingatkan nak bersalin, bila
cek 2Cm kena tahan wad sampai 4 malam, doktor pakar sempat tolong regangkan
pintu rahim, ehem paham-paham lah maksud ‘regangkan pintu rahim’ haha...macam
satu penumbuk juga adaa~haha
Rezeki bersalin Mufi pula...saya kena Induced.
Lepas dapat katil, doktor pun terangkan bahawa ubat akan
dimasukkan pada jam 6 pagi keesokannya. Malam pertama kena tahan tu, saya
berusaha juga nak buka rahim jalan kesana kemari...tapi yah, bukan rezeki.
Sepanjang malam kerisauan apalah jadi lepas kena induce
tu? Bentuk ubat induce tu macam mana? Sakitnya teruk kah? Ada orang cakap
tersangat sakit melebihi bersalin normal, ada pula yang cakap sakitnya sekejap
saja, hilang lepas baby lahir, ada kesankah?ubat telan ka ubat sumbat?
Rupa-rupanya banyak juga kawan yang concern, sampai ada
yang sanggup mesej di FB..walaupun kurang rapat tapi beliau sanggup juga
sharekan tips supaya mudah bersalin, sangat-sangat bersyukur. Antara tipsnya ialah
air Zam-zam dan kurma...saya langsung tak tahu manfaat air zam-zam rupanya
molekul air zam-zam ni jauh lebih istimewa dari jenis air yang lain...baru tahu
huhu...
Malam tu saya tengok pesakit di sekeliling saya, nak
berbual memang tak larat sebab saya penuh dengan kegusaran, saya cuma dapat
tahu, semua pesakit dalam bilik kami ialah kes induced. Ada seorang ibu baru 7
bulan tapi dia kerap contraction dan jantung baby dia kadang ada dan kadang
tiada, yang seorang macam saya juga tapi dia tiadalah tunggu sampai 9 hari, dia
lebih sehari saja, kena admit sebab ada bukaan 1cm...saya pula selepas 9 hari masih
tiada bukaan. Yang lain pula hanya tunggu kekosongan dewan bersalin kemudian
dihantar masuk ke sana. Dalam pukul 8 seorang ibu dimasukkan ke dewan bersalin,
kemudian jam 2 pagi seorang lagi masuk ke dewan bersalin. Saya memang tiada
tidur malam tu huhu...
Sampai pada hari esok, awal saya bangun hehe... sebab
nervous nak tengok ubat induce tu. Rupa-rupanya dia bentuk kapsul putih
and...kena sumbat.
Tiada rasa pelik sebab dah memang berminggu-minggu saya
sudah rasa perih so tiadalah kurang selesa sangat. Suami pula awal lagi sampai,
maklumlah tidur di lobi menunggu, kesian..nasib tak jadi bongkok tidur di
kerusi. Beliau bawa bubur dan mee goreng untuk sarapan. Cheh kalau bab makan
sayalah juara hehe...berselera saya makan, apa tidaknya mee gorengnya dicampur
lada haha...
Sebelum waktu tengahari tu suami kirimkan air zam-zam,
kurma saya sudah sedia bawa dari rumah untuk kudap-kudapan. Mula jam 10 lebih
saya amalkan air zam-zam dengan kurma sambil selawat.
Pada waktu tengahari, Ayman Tara ikut datang
melawat...wah meriah katil saya, sampai saya yang tak tentu arah sebab nak
kejar Tara daripada panjat katil orang, nak kena tegur Ayman supaya jangan
menjerit. Mak dan adik lagi saling bergosip, husband lagi yang banyak bertanya.
Fuh...seharian tu saya tiada ketenangan...so waktu jam 2
petang saya pun bawa ayman tara turun ke taman untuk mereka bermain, saya pula
berjalan-jalan..untuk buka rahim padahal waktu tu sudah mula rasa contraction dan sakit berpanjangan sampai tak boleh jalan tapi saya paksa juga sebab saya
nak juga beranak malam tu.
Saya tak nak tunggu lagi sebab risau keadaan baby. Setiap
kali ECG dilekapkan, nurse-nurse memang susah nak cari kedudukan yang sesuai
untuk dengar degupan jantung baby dengan jelas. Sampai saya sendiri tolong cari
kedudukan sesuai untuk lekapkan ECG. Risau saya pada waktu tu menjangkau lebih
dari takut akan sakit tu sendiri...
Malam tu, saya memang rasa contraction lebih kerap. Mula
dari jam 8 saya sudah mula kira contraction. Doktor yang periksa saya pada
waktu tu mengesahkan saya sudah ada bukaan 3cm, Alhamdullilah, beliau pun
berbincang dengan seorang lagi doktor
yang sedang memeriksa ibu yang lebih sehari yang juga sudah ada bukaan 3cm.
Mereka memutuskan untuk tempah bilik bersalin bagi kami berdua, namun selepas
itu tiada doktor mahupun nurse datang untuk memindahkan kami. So saya anggap
bilik bersalin tu penuh dan meneruskan kiraan contraction saya.
Walaupun sibuk mengira contraction saya sempat minta
suami kirimkan...McD Spicy Chicken McDeluxe Yeahh...memang dalam apa hal
sekalipun makan tetap number 1 hehe...habis licin.
Sambil-sambil tu saya jalan-jalan masih mengharap dapat
bersalin malam tu..sampai jam 10 lebih saya macam sudah tak larat
berjalan-jalan, contraction selang 5 hingga 2 ,imit selama 2 minit, saya pun baring untuk tidur kumpul tenaga khas untuk
bersalin...bila nurse datang cek tekanan darah saya tanya bila lagi saya nak
kena cek bukaan ni? Kan jam 12 tengah malam nak kena cek lagi, nurse tu cakap
ya sekejap lagi doktor akan datang. Saya pun cuba tidur lagi tetapi mula dari
jam 2 pagi tu.
Something doesn’t feel right. (to be continue :) )
Labels:
air zam-zam,
induce labour,
manfaat kurma,
pengalaman bersalin,
petua mudah bersalin,
shaklee,
Shaklee Energized Soy Protein Isolate Powder
Tuesday, May 6, 2014
Rambut Gugur?
Syukur Alhamdullilah...
Untuk kandungan ketiga ini saya tiada masalah rambut gugur ^_^
saya ingat lagi masa anak pertama dan kedua, rambut saya gugur macam nak botak!, apa tidak, masa cuci rambut tu...memang penuh lubang tempat air mengalir tu dengan rambut..fuh memang seram, paling teruk semasa lepas melahirkan Ayman, adoi!...cuma sisir rambut pakai jari seja pun boleh dapat segenggam rambut!. Masa tu memang saya trpikir bahawa saya akan jadi botak...nasib baik tidak tapi rambut saya memang jadi nipis.
Nasib baik kali ni, tiada masalah rambut gugur!Lepas cuci rambut lepas siap berpantang saya menjangkakan banyak rambut gugur, nasib baik tiada masalah hehe...
Inilah kebaikan mengamalkan supplement Zinc, kerana zinc mampu memperbaiki masalah rambut gugur. Sesetengah orang akan mengalami masalah rmabut gugur lepas bersalin, macam saya. Ada pula yang mengalami masalah hormon.
Zinc sangat bagus untuk hormon terutama bagi orang lelaki kerana ianya mampu meningkatkan jumlah sperma, sesuai lah untuk orang yang berusaha nak dapatkan anak ^_^
Bagi saya zinc ni sangat banyak kesan baiknya, sebagai ibu lepas bersalin ni, zinc juga membantu mengecutkan rahim..so ini bagus sebab ianya akan membantu untuk darah nifas tu cepat kering so...bolehlah mula mandi wajib untuk solat ^_^
Untuk kandungan ketiga ini saya tiada masalah rambut gugur ^_^
saya ingat lagi masa anak pertama dan kedua, rambut saya gugur macam nak botak!, apa tidak, masa cuci rambut tu...memang penuh lubang tempat air mengalir tu dengan rambut..fuh memang seram, paling teruk semasa lepas melahirkan Ayman, adoi!...cuma sisir rambut pakai jari seja pun boleh dapat segenggam rambut!. Masa tu memang saya trpikir bahawa saya akan jadi botak...nasib baik tidak tapi rambut saya memang jadi nipis.
Nasib baik kali ni, tiada masalah rambut gugur!Lepas cuci rambut lepas siap berpantang saya menjangkakan banyak rambut gugur, nasib baik tiada masalah hehe...
penangan 40 hari...pengurangna 1 inci ml shampoo haha
Inilah kebaikan mengamalkan supplement Zinc, kerana zinc mampu memperbaiki masalah rambut gugur. Sesetengah orang akan mengalami masalah rmabut gugur lepas bersalin, macam saya. Ada pula yang mengalami masalah hormon.
Zinc sangat bagus untuk hormon terutama bagi orang lelaki kerana ianya mampu meningkatkan jumlah sperma, sesuai lah untuk orang yang berusaha nak dapatkan anak ^_^
Bagi saya zinc ni sangat banyak kesan baiknya, sebagai ibu lepas bersalin ni, zinc juga membantu mengecutkan rahim..so ini bagus sebab ianya akan membantu untuk darah nifas tu cepat kering so...bolehlah mula mandi wajib untuk solat ^_^
Labels:
adat berpantang,
shaklee,
Shaklee Kota Kinabalu,
shaklee promo,
shaklee sandakan,
tips berpantang
Saturday, May 3, 2014
Nak jadi Ibu yang baik...
senang tak?
haa...itu soalan yang setiap orang ibu kena pikir jawapannya..
Hakikatnya bukan senang...nak jadi Ibu yang baik memang bukan senang...
Terdahulu kita pastikan dulu apa konsep ibu yang baik :
haa...itu soalan yang setiap orang ibu kena pikir jawapannya..
Hakikatnya bukan senang...nak jadi Ibu yang baik memang bukan senang...
Terdahulu kita pastikan dulu apa konsep ibu yang baik :
- Siang malam kerja untuk sediakan perbelanjaan yang cukup buat anak2?
- duduk di rumah, jaga keperluan dan kebajikan anak-anak
- mendidik pembelajaran anak-anak?
- menjaga anak sepenuh masa, waktu sakit, di sekolah dan sebagainya?
- menghantar anak ke sekolah yang mahal untuk pendidikan lebih berkualiti?
banyak lagi...listnya memang tak akan habis hari ni...
Bagi saya secara peribadi, konsep ibu yang baik adalah yang sangat melindungi anaknya...macam saya, kalau ada budak-budak lain yang saya nampak buli anak saya..haa alamatnya berasap lah telinga saya hahah...pernah sekali kami melawat keluarga mentua, kanak-kanak jiran sebelah dia tu nakal agak melampau rasanya sebab bila Ayman bermain dengan dia, dipukulnya pula pakai ranting kayu...Ayman datang pada saya menangis-nangis, masa tu belum pandai cakap lagi, da cuma tunjuk kaki dia yang merah lebam.
Apa lagi saya si Mama Bear naik hangin haha...saya buat apa?...saya kejar budak tu sampai pintu depan rumah dia. Bawa ranting sekali hahahaha....
Ayman masa zaman 'glamer'
So, setiap orang punya konsep tersendiri untuk menjadi ibu yang baik.
Itu pendapat masing-masing...dan banyak cara sebenarnya.
Tetapi apa yang paling utama ialah untuk menjadi ibu yang baik : Kita akan sentiasa ingin berikan yang terbaik buat anak-anak kita.
Terbaik dari segi pendidikan, terbaik dari segi kesihatan, terbaik dari segi pemakaian, terbaik dari segi pemakanan.
Jadi apa cara yang terbaik untuk pendidikan?..kita boleh hantar anak kita ke sekolah swasta atau sekolah yang bereputasi baik.
Untuk Kesihatan?...kita boleh bagi supplement bagi mengingkatkan Iq dan membekalkan nutrient lengkap
Untuk Pemakaian?...haa...tak lama lagi RAYA Aidilfitri...bolehlah mula survey2 jenis kain iyer~
Untuk Pemakanan?...ini, cara yang paling mudah sebenarnya, bila ke pasar tu...tak kisahlah kalau ambik masa berjam-jam pilih ikan kembung tu hehe, yang penting mata ikan tu masih cerah, insang dia merah menyala~
Yang penting kita sudah pasang niat...Nak jadi Ibu yang baik...dan In Shaa Allah setiap tindakan yang kita ambil selepas tu semuanya adalah untuk yang terbaik buat anak-anak ^_^
'throwback' tahun 2009 ^_^
Labels:
makanan tambahan kanak-kanak,
Mealshakes Shaklee,
Promosi terbaru Mei Shaklee 2014,
set IQ anak,
Shaklee Kot a kinabalu,
Shaklee Murah,
tambah iq anak,
Tambah selera makan,
vitamin untuk kanak-kanak
Magic!
Seronok!
Memang seronok hehe..
Kemarin saya telah mengikuti Sesi Magic Aura Shaklee bersama Master2 yang hebat2 belaka.
Siapa sangka 5 Master dapat hadir serentak untuk buat sharing kepada kami, antara yang hadir ialah Master Laila, Master Farina, Master Zura, Master Ainul dan Master Dila
Semuanya memang tak lokek ilmu dan mesra dengan kami. Sharing yang paling saya suka ialah dari Master Farina ; ini kerana beliau mempunyai karakter yang mudah didekati dan sempat menunjukkan cara-cara untuk maju dalam bisnes Shaklee secara fakta.
Master Dila pula buat sharing lebih kepada sudut emosi, beliau berjaya menjelaskan betapa pentingnya Push Factor kita dalam menjayakan bisnes Shaklee ni ^_^
Walaupun begitu bagi saya, intipati yang paling penting saya dapat sepanjang sesi berjalan iaitu dari jam 9:30 hingga jam 1 petang itu ialah : Produk Shaklee memang terbukti keberkesanannya. Belum pernah lagi saya mengalami atau mendengar terdapat customer yang ingin meminta 'Refund' ataupun wang kembali akibat tidak puas hati. Setahu saya semua yang pernah melanggan produk Shaklee akan melanggan semula dan terus melanggan ^_^
Oleh itu, yakinlah dengan Shaklee : Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Mesra Alam ^_^
Memang seronok hehe..
Kemarin saya telah mengikuti Sesi Magic Aura Shaklee bersama Master2 yang hebat2 belaka.
Siapa sangka 5 Master dapat hadir serentak untuk buat sharing kepada kami, antara yang hadir ialah Master Laila, Master Farina, Master Zura, Master Ainul dan Master Dila
ambik berkat~
sambil sambut Birthday my nenda Laurah Misaha "Happy Birthday"
Semuanya memang tak lokek ilmu dan mesra dengan kami. Sharing yang paling saya suka ialah dari Master Farina ; ini kerana beliau mempunyai karakter yang mudah didekati dan sempat menunjukkan cara-cara untuk maju dalam bisnes Shaklee secara fakta.
Master Dila pula buat sharing lebih kepada sudut emosi, beliau berjaya menjelaskan betapa pentingnya Push Factor kita dalam menjayakan bisnes Shaklee ni ^_^
mana tau ada rezeki lain kali bercakap sana depan kammaa~
Oleh itu, yakinlah dengan Shaklee : Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Mesra Alam ^_^
dan inilah 'assitant' i ^__^
Labels:
promosi shaklee,
set shaklee,
shaklee,
shaklee esp,
Shaklee KK
Monday, April 28, 2014
'Semut-semut'
Syukur Alhamdullilah...
Lusa selesailah saya berpantang, siapa sangka lamanya 40 hari itu kini tidak lama lagi berakhir.
Sepanjang tempoh saya berpantang tidaklah juga saya rasakan jurang perbezaan yang sangat besar antara berpantang atau tidak, sebab saya masih juga meneruskan kerja-kerja rumah macam biasa, maklumlah berpantang sendiri.
Wah...sungguh memang jauh juga jangkamasa 40 hari ni kan, kepala i pun dah rasa macam kepala Bob Marley yg rambut melekat dan berat semacam...kelemumur?wauih..jgn cakap lah klu boleh kikis, timbang mau2 sama harga dengan emas juga kali hahah...
Walaupun begitu syukur Alhamdullilah, dari segi kesihatan saya ok, tiada masalah migrain, stress ataupun lemah2 badan. Dulu masa Ayman dan Tara ada juga rasa tekanan dan sakit2 pinggang tu mmg biasa. Tapi dengan Mufi ni...eh, belum pulak sy umumkan nama baby kan ehehhehe...actually nama singkatan dia Mufi, comey tak?haha...ya berpantang selepas melahirkan Mufi ni memang beza dari segi kesihatan, saya cuma mengamalkan set bersalin shaklee iaitu vitalea, zinc,vitamin c dan b-complex. Syukur tenaga badan saya kembali selepas hanya seminggu berpantang dan selepas tu saya mengamalkan ostematrix, yah maklum aja orang lepas bersalin ni mmg normal lah klu kena sembelit tuu...malah org mengandung pn mengalami sembelit juga..
Paling penting jangan biar sembelit tu pula jadi buasir, tapi jangan risau kalau makan ostematrix ni, buasir pun dia boleh bantu kurangkan kesakitan sebab oste ni menghalang pembekuan darah, bila darah beku pada salur darah d situu tuu, hah itu yg jad sakit sampai duduk pun rasa merana huhu...
Memang thanks to ostematrix ni sekarang...setiap pagi saya mesti lawas punya hehe, klu dulu kadang-kadang EMPAT hari barulah i melawat tandas haha..
Lagi satu kebaikan ostematrix especially untuk ibu2 lepas brsalin mcm saya nih ialah Masalah Kebas kaki, ini masalah memang ketara, apa tidak, sedang kita syok mengelamun sambil susukan baby memang tak sedar kalau kaki, tangan kita tu tak bergerak selama baby sedap menyusu tu, kalau saya kadang2 hampir sejam duduk dalam posisi yang sama x bergerak, maklumlah air susu badan i ni pemalu sikit jadi lambat pengalirannya...baby pulak sudah stamp hak milik dia...dijadikannya sebagai kudap-kudapan dia sambil tidur huhu...apa lagi bila baru mau bergerak waduh2..serupa orang lumpuh pn ada, saya bila dapat berdiri tu, trpaksa maintain dlm posisi x brgerak 2-3 minit, sakit kebasnya bukan main, smpi brnafas pn kena tahan2 sbb x nak gerakkan kaki yg sakit kebas tu...
Kalau saya masa kecik2 saya panggil benda tu 'Semut-semut' hehe..ya lah bila kaki kebas rasanya mcm kaki tu dipenuhi semut yg aktif bergerak haha...
Tu lah kebaikan ostematrix yg saya alami sendiri, sebenarnya banyak lagi, tidur saya pun nyenyak sampi siap boleh mimpi2 makan udang d seafood restoren lg(padahal belum habis pantang) haha...tapi tidaklah smpi x sedar utk bangun susukan baby, cuma selepas mengamalkan ostematrix ni...saya excited bila time nak tidur sebab 1)boleh rehat. 2)boleh bermimpi~ haha
kalau nak tahu kebaikan ostematrix,tambahan lagi sekarang ni ada Promo Beli 6 PERCUMA 1, boleh share dengan bapa, ibu,kakak,abang..semua pn boleh pakai sbb oste ni juga sumber kalsium terbaik, jadi utk yg ada masalah tulang rapuh, sakit pinggah, lenguh bahu dan mcm2 lagi cubalah sendiri hehe.. hubungi saya Nura di hp : 010 586 5424
In shaa Allah dengan izinnya semua permasalahan boleh di atasi!
Labels:
insomnia,
kaki kebas,
kaki kejang,
Ostematrix,
osteoporosis,
sakit tulang,
sembelit,
shaklee,
Shaklee KK,
tips kesihatan
Tuesday, April 15, 2014
Pengalaman Breastfeeding Part 1
Wuah macam selang seminggu juga baru dapat update blog
ni...maklumlah sibuk~
Walaupun setakat duduk di rumah berpantang..hakikatnya
memang sibuk tau.
Siapa cakap suri rumah tidak sibuk?siapa cakap suri rumah
kerja boring?
Banyak sebenarnya tugas suri rumah,dan memang sibuk,
hah...itu kena pada cara penggunaan masa oleh si ibu ^_^
Bagi saya, kesibukan yang paling ketara ialah kerana saya
sedang fulltime breastfeeding baby sekarang ni.
Dan sebenarnya saya masih rasa ianya umpama mimpi di mana
saya sedang FULLTIME breastfeeding baby.
Dulu, masa anak pertama dan kedua, saya mix susu badan
dengan susu formula.
Alasan: susu badan saya sangat sedikit, hingga tidak
cukup langsung untuk baby.
Hakikat : saya tak
rajin susukan baby sebab malu selak kain(maklumlah kedua-dua anak terdahulu
saya dijaga pantang oleh mentua, so kena tinggal tempat dia. Selain itu, saya
juga tak jaga pemakanan, habis saja berpantang terus makan pedas2 dan masam2.
Anak ketiga ni, pada permulaan saja saya campur dengan
susu formula, itu pun atas nasihat Nurse kerana untuk mengelakkan Jaundis bayi
naik.
Selepas baby berumur 12 hari saya susukan susu badan
sahaja.
Sebenarnya memang susu saya sedikit berbanding orang
lain...
sedikit..sedikit ; lama...lama, jadi bukit?hehe...
Tapi, saya hanya mampu bertawakal supaya ianya mencukupi
untuk baby.
Sedikit atau banyak semuanya Rezeki, dan setiap orang
telah ditakdirkan rezeki masing-masing.
Saya ingin percaya bahawa walaupun susu saya sedikit
tetapi sebenarnya ianya adalah apa yang baby saya perlukan.
Saya perasan susu saya adalah jenis Hindmilk. Iaitu pekat
dan berlemak. Susu hindmilk ialah paling sesuai untuk tumbesaran bayi dan ianya
mudah mengenyangkan bayi.
Foremilk Hindmilk
Susu Hindmilk ialah susu yang berkepekatan tinggi dan lebih
banyak kandungan lemak. Ianya terhasil selepas susu Foremilk. Saya perasan saya
tidak banyak susu Foremilk.
Air susu saya mula datang pada hari ke-4 kelahiran baby,
ada sedikit sahaja susu foremilk disertai dengan Colustrum.
Adakah ini bermakna saya hanya mengeluarkan air susu hindmilk, kerana tubuh badan saya hanya mengeluarkan susu yang sedikit(begitu juga
ibu saya)
Hmm...saya pun tidak pasti.
Walaubagaimanapun sedikit, ianya exactly apa yang baby
saya perlukan, ini kerana beliau sudah mula naik berat badan selepas 2 minggu.
Bayi akan mula kehilangan berat badannya sehingga 2.8kg
dari lahir hingga berumur 2 minggu. Selepas 2 minggu berat badan bayi akan
bertambah semula, itu adalah apa yang Nurse beritahu saya.
Baby saya pula mampu naik berat badan dari 3.6 kg semasa
lahir dan kini, berumur kurang dari 3 minggu telah naik ke 3.9kg.
Alhamdullilah, saya sangat bersyukur.
Namun demikian, saya masih berusaha untuk menambah air
susu saya dengan pelbagai cara.
Salah satu daripadanya ialah mengambil supplement
ESP+Alfalfa.
Saya hanya sempat mengambil selama 3 hari sebelum
berhenti mengambil Alfalfa untuk sementara waktu, pada waktu itu bayi baru
berumur 2 minggu, selepas 3 hari mengambil Alfalfa, saya perasan muka baby
berwarna kekuningan pada garis kedut mukanya sewaktu menangis. Saya kemudian
buka ‘Google’ untuk memahami apa itu Jaundis dengan selanjutnya.
Barulah saya tahu, bayi hanya akan benar-benar bebas dari
jaundis sekurang-kurangnya hingga berumur 3 bulan.
So, ini adalah pengalaman saya sendiri, mulakanlah
Alfalfa selepas bayi berumur 3 bulan atau 6 bulan ke atas.
Sementara itu, gunalah cara lain untuk menambah air susu.
Kaedah yang saya ambil ialah :
·
Sup Ayam + Betik Muda (jangan reneh betik
terlalu lama, biar masih keras sedikit)
·
Makan Oat
·
Teruskan ambil ESP
·
Minum Milo panas sebelum susukan baby
·
Minum 3.8 liter air sehari
·
Tidur...walaupun masih tidak cukup, cuba ikut
baby tidur petang
·
Sawi putih tumis(biar banyak kuah)
·
Posisi tidur terlentang(jangan biar buah dada
terhimpit)
Dan selepas itu, saya juga akan mencuba kaedah seperti
berikut :
·
Sayur cekur manis
·
Lobak putih
·
Kurma
·
Kurma merah
·
Tempe
·
Tauhu
·
Jantung pisang
·
Kekacang
·
Pir
·
Anggur
·
Epal merah
In shaa Allah bila baby berumur 3 bulan ke atas saya akan
mula mengambil ESP+Alfalfa semula ^_^
Labels:
alfalfa complex,
breastfeeding,
ESP,
penyusuan susu ibu,
shaklee,
Shaklee Energized Soy Protein Isolate Powder,
Shaklee Kota Kinabalu,
tambah air susu,
tips penyusuan susu ibu
Subscribe to:
Posts (Atom)
























.jpg)























