Again...i'd like to say this...
I am so proud of me.
hehe...
Mungkin dari kecil saya memang suka aktiviti lasak, mungkin sebab itulah saya sebagai salah seorang anak bapa saya terpaksa menggantikan tugas satu-satunya abang saya selepas beliau pergi merantau ke Semenanjung.
Maka saya lah yang menjadi sidekick bapa saya dari segi angkat-mengangkat barang berat contohnya tong gas,tandan pisang,kayu papan dan sebagainya.
Begitu juga dengan kerja pertukangan saya jugalah menjadi assistant bapa saya.
Bila saya meningkat ke sekolah rendah...walaupun tubuh badan saya tidak meningkat namun saya masih gemar mengikuti acara sukan...saya tidak begitu sukses ketika itu kerana acara sukan yang popular pada kala itu ialah volleyball. Sebagai seorang yang bertubuh badan kecil saya awal-awal lagi disqualified.
Namun saya tidak berputus asa lalu ketika meningkat ke sekolah menengah saya lagi sekali mengikuti acara sukan. Walaubagaimanapun kerana bertubuh badan kecil kaki saya agak pendek untuk membuat larian pantas dalam acara pecut. Lalu saya memasang strategi baru iaitu : Larian jarak jauh. Saya mengikuti 4x400 meter, 800 meter dan juga 1500 meter. Namun begitu....saya tidak pernah mendapat tempat pertama.
Adakah saya berputus asa kerana gagal meraih kejayaan?
hmmm...Tidak
Tidak pernah walau sekali.
Saya sudah cukup teruja dengan kejayaan menamatkan larian ke garisan penamat.
Itu saja.
Saya sangat suka dengan cliche : Run For Your Life.
Running bukan bererti Running from your life. Tetapi Run for your life.
Lari lah untuk Hidupmu.
Bagi saya makna acara larian seperti Borneo International Marathon ataupun aktiviti pendakian gunung sebenarnya ialah...
Perjuangan saya untuk hidup saya.
Sejauh mana saya mampu bertahan.
Sekuat mana saya sanggup berusaha.
Sekeras mana pendirian saya
Sehingga mana saya sanggup menolak diri saya ke depan.
Seteguh mana hati saya
Sedalam mana makna perjuangan hidup saya
Adakah saya akan hanya berjalan bila sampai [pada satu station?
Adakah saya akan menyambung larian saya dengan daya saing dengan orang di depan saya?
Atau adakah saya akan berhenti dan memohon ambulans menghantar saya balik?
Bagi saya...acara-acara seperti ini juga membawa maksud : Breaking the Limits.
Jadi walaupun saya tidak pernah menang, sekadar menamatkan larian.
Tetapi...kepuasan saya ialah pada semangat saya yang mampu saya puncakkan sehingga dapat mencapai garisan penamat pada masa yang saya sudah tentukan.
Kali ini....
walaupun ini ialah julung-julung kalinya saya mengikuti Borneo International Marathon.
Saya telah menetapkan diri saya untuk menamatkan larian dalam masa 1 1/2 daripada 2 jam yang diberi.
Walaupun saya langsung tiada training, samada berjoging ataupun senaman ringan.
Datang trus lari...tapi saya dapat menepati janji diri saya sendiri untuk sampai pada jam 7:43 Am
Oleh itu saya...cukup bangga akan diri saya kerana mencapai target. ^_^
Dan demikian, saya sudah menetapkan list keperluan dan tindakan, untuk menyertai semula acara BIM pada tahun 2013
Saya tidak memaksa diri saya untuk menang tapi jika boleh...saya mahu menamatkan larian...30 minit lebih awal berbanding tahun ini. ^_^
Borneo International Marathon...see you next year ^_^
No comments:
Post a Comment