Monday, July 7, 2014

Mufi jumpa Pakar

Akhirnya selesai juga urusan saya pheww~

Sebagai ibu, bila anak sakit memang hidup serba tidak kena...selama Mufi sakit saya sendiri sangat moody dan cepat marah-marah kerana tertekan...Syukur Alhamdullilah, saya telah membuat keputusan untuk bawa Mufi berjumpa pakar.

Sebenarnya Mufi sudah mula batuk, selesema dan deman sejak berumur 1 bulan lagi.
Entahlah...itulah orang cakap, rezeki ni datang dalam pelbagia bentuk...ada orang dapat anak yang gemuk-gemuk malah sihat-sihat.
Ada pula yang macam saya, Mufi cuma berat 4.6kg walaupun sudah berumur 3 bulan.
Dia mula selesema sejak lahir dari perut (ada cecair di hidung dan pandai bersin sejurus lahir)
Kemudian bila berumur 1 bulan beliau mula demam yang on/off
Bila umur 2 bulan, beliau mula batuk berkahak dan berlanjutan hingga umur 3 bulan.

Bila sebut pasal pakar...memang ibu-ibu akan rasa kecut, ialah stigma kita bila jumpa pakar ni umpamanya anak kita ni sakit teruk.
Saya pun rasa begitu juga...tetapi tetap kuatkan hati jugak untuk dengar komen pemeriksaan dari doktor.

Masa masuk bilik Doktor Liaw, kami awal-awal sudah disambut mesra, doktor mencapai Mufi dan baringkan Mufi pada katil dengan lemah lembut.

Kami juga mengambil kesempatan untuk bertanyakan banyak soalan. Keistimewaan Doktor Liaw ni ialah beliau akan menjawab soalan dengan jelas.
Yup, tanpa menimbulkan rasa teka-teki.
Klinik beliau juga menyediakan bilik untuk anak-anak bermain so, kami tiada masalah tinggalkan Ayman Tara di luar bilik Doktor.

Selepas pemeriksaan Doktor Liaw menjelaskan Mufi mengalami Bronchitis, sejenis penyakit yang mudah menyerang bayi dan perkara yang sangat normal.

Mungkin beliau menjelaskan demikian kerana melihat air muka saya yang super-worried!haha...
Syukur Alhmadullilah, kahak Mufi cuma pada saluran pernafasan dan tidak didalam paru-paru, Doktor juga menjelaskan sekiranya Bronchitis dipandang remeh ianya boleh mengakibatkan Asthma.

Benda tu yang buat saya sangat risau sebab dulu Ayman pun mengalami Asthma, tetapi dengan daya usaha dan rezeki dari Tuhan, Ayman sembuh dari Asthma semasa umur kurang dari setahun.
Harap-harap Mufi dapat melalui cabaran ketika membesar ini dengan baik sebab doktor menjelaskan Bronchitis terjadi kerana saluran pernafasan bayi yang belum matang dan akan berkurangan sepanjang tumbesaran bayi hingga berumur setahun.

Selepas jumpa doktor, kami turun ke tingkat bawah untuk ke Farmasi...bila bayar bil....
Saya relakan saja keluarkan duit huhu...


Bukannya saya berkira sangat akan kesihatan anak, tetapi jika duit tu saya pakai untuk beli supplement Shaklee...sebenarnya jauh lebih baik kerana kos sedemikian bagi produk Shaklee boleh digunakan sehingga 2-3 bulan lamanya!

Sebab itulah, saya merancang sejurus selepas Mufi berumur setahun saya akan bancuh makanan dan minuman dia dengan Nutriferon, Mealshakes dan Chewable Vitamin C ^___^

\
Untuk Imunisasi

Untuk tumbesaran

Untuk menghalang jangkitan penyakit

Mudah-mudahan Mufi cepat sembuh dan berjaya melepasi dugaan ini ^_^...Mak pun kena Sabar, Tabah dan Tawakkal. Amin~




No comments:

Post a Comment