Wednesday, August 13, 2014

PMS(Pre-menstrual Syndrome) dan Saya



I have a very NASTY PMS...

Kadang-kadang dua minggu sebelum Period saya sudah mula moody. Kejap marah, kejap aman damai, kejap tak kisah kejap lagi meroyan haha...

Ok, apa itu PMS?
PMS ialah Pre-Menstrual Syndrome. jangan terkejut kalau masih ramai lagi yang tak tahu apa itu PMS.

Secara saintifiknya PMS ialah perubahan hormon yang terjadi pada badan wanita semasa sistem tubuhnya menghasilkan telur (ovum).
Dalam proses ini perubahan hormon menyebabkan suhu badan meningkat dan penghidap akan mula merasa cepat panas,sensitif dan stress. 
Suhu badan ini sukar dijangka dan boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang menjelang haid dan mula kembali normal pada hari pertama haid atau beberapa hari semasa haid.
Tekanan darah juga mula naik dan turun ; salah satu penyebab sikap marah-marah
Pada waktu itu, sesetengah bahan kimia mula diperlukan dalam jumlah lebih banyak dari normal kerana sistem badan mula menggunakannya dengan jumlah yang lebih dari biasa. 
Badan kita lebih memerlukan Iron, magnesium, calcium, and vitamin B6 dalam jumlah yang lebih banyak untuk menampung penghasilan bahan kimia yang diperlukan badan dalam penghasilan ovum.
Iron ialah untuk membawa oksigen kedalam darah mengurangkan rasa penat
Magnesium sangat penting kerana magnesium ialah kimia yang boleh mengawal tekanan darah dari naik mendadak justeru membantutkan kesan stress pada tubuh
Calcium ialah untuk ketahanan badan dan tulang
Vitamin B6 pula ialah untuk  merembeskan kimia Serotonin yang mampu mempengaruhi mood juga lebih dikenali sebagai 'natural anti-depressant'

Perlu diingat memang tidak semua wanita akan mengalami PMS dan kebiasaanya wanita yang kurang mengalami PMS ialah wanita yang mempunyai kitaran haid yang jarang....maknanya, wanita yang mengalami PMS ialah wanita yang subur ^_^

Tidak dinafikan PMS ialah masalah wanita yang paling menggangu kehidupan harian. Mana tidaknya...setiap bulan pasti akan ada isu-isu yang menyebabkan rasa sedih, marah, kecewa dan tertekan.
Ini mampu menyebabkan self-esteem wanita tersebut akan semakin berkurangan.


Sebagai contoh...diri saya sendiri.
Setiap bulan saya pasti akan meroyan haha...bila saya minta nasihat, saya diminta untuk menjaga pemakanan dan kurangkan makanan berminyak dan mengamalkan bacaan Manzil.
Selain itu saya juga mula mengamalkan pemakanan yang sihat dan memastikan saya minum 3 liter air setiap hari.
Saya juga mengamalkan pemakanan seperti dibawah menjelang musim period saya :

Susu - Calcium
Ikan Basung/Spesis Sardin-Omega 3, calcium
Pisang-B6
Oatmeal-B6
Kuaci & kekacang - Magnesium
Nanas - Manganese(boost Serotonin (anti-depressant))

Avocado
Kacang Gajus
Chamomile Tea
Dark Chocolate / Coklat Hitam @ Pahit
Bawang Putih (bukan bergoreng)
Green Tea
Oranges
Sayur Bayam / spesis Spinach

Namun begitu...cara hidup saya kini sentiasa dalam kesibukkan menguruskan anak, menyiapkan kerja-kerja dirumah, menjalankan tugas dipejabat dan sebagainya.
Selain itu juga memamg sukar untuk mendapatkan kandungan vitamin seperti di atas dalam kadar yang cukup sesuai dengna keperluan tubuh

Sebab itulah cara paling mudah untuk menangani masalah PMS ialah dengan mengambil GLA Complex. Kajian makmal Shaklee telah dijalankan selama 50 tahun untuk menepati jumlah vitamin yang paling sesuai dan cukup untuk tubuh iaitu hanya 1 kapsul dalam sehari.


GLA ialah Gamma Linolenic Acid yang diperolehi daripada tumbuhan bergelar Borage. Ianya telah digunakan secara turun temurun untuk penawar : 
  • sakit senggugut, 
  • ekzema, 
  • sakit sengal pada buah dada, 
  • membantu keseimbangan hormon 
  • Mengurankan ketidakselesaan semasa menopause
  • menghalang komplikasi Diabetes
  • menggalakan kulit sihat terutama pada wajah
  • meningkatkan kesuburan



So...jangan stress2 lepas ni hehe...
Ingat...ada beberapa perkara yang membuatkan kita gagal dalam hidup disebabkan oleh sikap Negatif diri sendiri...

Tetapi ada kalanya disebabkan oleh perubahan kimia didalam badan yang akhirnya mempengaruhi mood kita.
Oleh itu, kita mesti berusaha menjaga kesihatan tubuh samada luar danb dalam demi memastikan kita dapat menjalani kehidupan dengan sebaiknya.

No comments:

Post a Comment