Sunday, March 2, 2014

Testimoni : Shaklee Chewable Vita-C Plus [Part 2]

Ok...hari ini sambung pula testimoni pasal Chewable Vita-C Plus. At the moment stock dia habis buat seluruh market Malaysia..mungkin juga kerana keberkesanannya. Siapa yang sudah beli tu kira untung lah hehe...

Hari tu sejak Selasa minggu lalu hidung Tara berair dan suhu badan dia suam-suam, kemudian pada hari Jumaat, menjelang malam Tara naik demam. So apa yang saya buat pada hari-hari seterunya ialah berikan dia Vita-C sebiji dua kali sehari. Syukur demam dia tidak menjadi teruk.

Yang hairannya sejak hari Selasa itu juga, beliau tidak pernah naik demam pada siang hari, cuma pada tengah malam suhu badan akan naik mendadak

Dan pada hari Sabtu yang lalu, panas badan dia agak tinggi, so tengah2 malam jam 2 pagi saya bagi Paracetamol 5ml, lalu panas badan dia pun menurun.

Esoknya saya tambah dos beliau sebiji pagi, sebiji tengahari dan sebiji malam. Walaupun beliau langsung tidak demam pada waktu siang hari.

Tetapi pada malamnya suhu badan sangaatt panas. Saya pun bagi beliau Paracetamol 5ML, lepas tu bagi dia Vitamin -C. Mula dari jam 1.15 pagi sehingga hampir jam 3 pagi saya titis-titiskan air glukos sedikit demi sedikit.
Jam 4 pagi, Tara kencing dan pindah tidur disebelah saya, suhu badan sudah normal.

Keesokannya saya buat keputusan untuk bawa Tara ke klinik, yalah..kalau sudah sakit tu...bawalah ke klinik.
Supplement adalah untuk mengelakkan jangkitan dan menambahkan imunisasi, tetapi jika virus terlalu kuat maka sila lah ke Doktor yah tuan / puan hehe...

Sampai di klinik saya pun explain Tara cuma mula naik demam apabila sampai waktu tengah malam-ek eleh, macam werewolves la pula c Tara, tengah malam baru jadi-jadian hahaha...

So doktor pun hairan juga sekejap tapi kesimpulannnya adalah mungkin disebabkan oleh kerongkong beliau yang mulai membengkak.
Tara pun bawa satu beg plastik pulang, siap dengan antibiotik.

Sampai rumah, satu ubat pun saya tidak buka...saya nak tengok keadaan Tara dulu jika panas badan dia naik macam sebelumnya.

Syukur Alhamdullilah...semalam Tara langsung tidak demam lagi.
Jadi teori saya ialah....teruskan bagi anak makan Vitamin-C, bukan bermakna kita sumbat anak vitamin C sehari 3 biji selama seminggu beliau terus sembuh.
Semua benda pun mengambil masa...dan yang paling penting sekali.

Minum Banyak Air~ ^___^
so harapan saya, malam ni Tara sudah benar-benar sihat dan tidak jadi werewolves lagi hehe




No comments:

Post a Comment