Tuesday, November 23, 2010

Ish! mahalnya harga Syurga…


Nak masuk syurga ni memang susah,nak kena solat 5 kali sehari, nak zikir, nak hormat orang tua,nak kena ikut cakap suami,nak solat Dhuha,Tahajjud…nak kena pakai tudung, nak kawal cakap,nak tahan marah…

Pokoknya memang susah…

Tapi…

Nak masuk Neraka..ahmboi...punyalah senang!

Malah, tak perlu usaha apa pun, semudah itu kita boleh lompat ke dalamnya! Tak payah nak buat apa ibadah, boleh marah,boleh berdendam, boleh membenci, boleh buat macam-macam maksiat! Tak perlu kawal perasaan, tak perlu ingat Allah sedikit pun…memang seronok!

Tapi…

Kalau la Neraka ni benda. Tau saja benda murah ni,tak ada kualiti,cepat rosak,bila rosak kena lagi beli baru,duit lagi...Paling teruk benda murah ni boleh memudaratkan, contohnya bila kita beli spare part kereta ciplak atau cikai..akibatnya accident!...maut.

Dan…

Benda mahal pula kualiti dia tinggi, jangka masa ketahanan dia panjang ada tu sampai ‘life-time guarantee’ lagi.

Jadi…memang lah dugaan nak masuk Syurga,tu sangat lah besar dan sebab itu lah ibadah kita seharusnya tidak terkira banyaknya..tak payah kira pun, buat sebanyak yang mampu…ya lah kan...takut tak cukup.

Kita ni manusia, tak lari dari kesilapan...mungkin sejam dalam sehari pun tak bertahan daripada berbuat dosa. Maka dengan itu, kita cuba agak-agak timbangan dosa dan pahala tu condong sedikit ke arah pahala.
InsyaAllah...

Sebab itulah sesetengah orang mengatakan ibadah ini umpama investment untuk ke syurga atau ‘investment  akhirat’.

Sama-samalah kita melakukan ibadah,menurut perintah dan laranganNya dan berjihad melawan nafsu.

Amin.
(niat saya bukan untuk mengajar tetapi sekadar menghidupkan amar maruf nahi mungkar,mohon maaf sekiranya ada ketidaksenangan translate : apologies for any inconvenience :)...Hasil nukilan ini pun adalah kesan daripada pembacaan buku-buku,artikel-artikel dan lagu-lagu agama)

No comments:

Post a Comment