Wuah, dalam dua minggu lagi baki cuti sekolah, barulah ada masa untuk tulis cerita pasal ni hehe...
So bermulanya cuti sekolah hari itu, kami suami isteri menghadapi masalah besar.
Iaitu...siapa mo jaga Ayman Tara.
Sekolah kan cuti, jadi jagaan harian pun turut bercuti.
Pihak tadika ada mencadangkan untuk jagaan harian tetapi lokasi Penjaga tersebut terletak di kawasan Tebobon.
Well...bagi aku, KK terbahagi kepada dua bahagian yang JAM nya sangat teruk.
Satu ; kawasan Penampang.
Dua ; Kawasan Tebobon.
Dua tempat ini lah yang aku cuba untuk elakkan.
So, pilihan tersebut terpaksa ditolak.
Oleh kerna itu, option seterusnya ialah, menjemput kaum keluarga untuk turut membantu.
Jadi...kena importlah anak buah En. Suami dari Tawau.
So, selama durang tinggal bersama aku, antara aktiviti mandatori ialah : Entertainment.
Yah, ini harus, demi menjamin emosi mereka untuk kekal stabil dan tidak bosan duduk dirumah aku yang di atas puncak serta serba sunyi.
Family relatives aku yang part ini, tidak jauh bezanya dari family relatives side aku, Mama aku juga penggemar leisure.
Selama beliau tinggal bersama aku, aku cuba memenuhi masa hujung minggu beliau dengan berjalan-jalan (sampai beliau sendiri surrender hehe)
Walaupun suami sibuk, kami make time juga untuk bawa durang ke Taman Perdana, Tg. Aru.
Tengok air menari kata si Ayman Tara.
Jadi, yang serba ungu tu Mak Mentua AKA Datin Seri Paduka Baginda.
Yang tudung pink itu, ialah anak buah En. Suami : Nurul Ashikin.
Kepada beliau la aku serahkan tugas makan minum anak-anak aku.
Pasal Kebersihan...aku ndak mau demand sangat...Macamlah aku pembersih sangat kan...
Jadi, aku masih menyapu, masih Cuci kain, Masih lipat kain, masih jemur kain, masih masak, masih mengemas.
Pokoknya tugas beliau hanyalah
1) Memastikan Ayman Tara Makan
2) Memastikan Ayman Tara Mandi
3) Memastikan Ayman Tara Selamat dan tidak bergaduh sesama sendiri.
Basically itu saja...
Tapi, yang hebatnya...beliau sendiri pandai berfikir, Kadang beliau masak tanpa diminta.
Cuci kain walaupun aku sudah cakap 'Jangan, ndak perlulah'
Lipat kain, mop lantai, jemur kain(termasuk lapik sofa) dan (paling Best!) cuci peti sejuk aku yang....sudah berkarat...muahahahaha!
So basically aku puas hati lah juga, walaupun ada masanya beliau kena sakit malas...
Tapi....
Kita ni Manusia,
Selagi kita tidak pernah menyakitkan hati orang lain....maka
Kita bukan manusia...tapi Malaikat.
Anyway....belum habis cerita pasal gambar di atas pula.
Yang baby-baby girl tu,haaa itu lah 'Mika Chan'
Ini anak adik ipar aku, Mama dia Chinese, tu yang mata penyet tu.
Selama budak ni bersuai kenal dengan kami suami isteri, belum pernah sekali dia suka dengan kami.
Aku suspek it has something to do with my voice volume dan my husbands glaring stare haha.
Tapi as per today....okay dah. Dia sudah pandai cium-cium aku, duduk kuai-kuai sebelah aku makan biskut.
Baby pun Manusia normal juga....kena kenal lama baru boleh kenal hati budi hehe...
Yang gambar ni pula,ada included, adik ipar aku yang berbaju merah, (yang duduk yerr...yang berdiri tu Suami I) dan yang berbaju hitam tu ialah abang Shikin.
Haa...ini isu yang aku ndak paham-paham sampai sekarang.
Apasal dia ikut aar?haha...sebab yang menjaga Ayman Tara tu Shikin....
Tapi...ndak apalah...orang-orang tua cakap 'ko paham-paham la bah'
So all in all a total of 7 weeks @ sebulan setengah.
Hanya untuk jaga kebajikan anak-anak, aku bagi saguhati wang kepada Shikin sebanyak RM600.
Not bad eh, dia tolong aku jaga anak, aku tolong dia bayar School Fee dan School expenses.
Banyak atau tidak, itu aku ndak pasti.
Cukup atau tidak, rasanya...ndak cukup kali...
Tapi...rasanya memadai lah...
Harap-harap tahun depan beliau sudi datang menjaga anak-anak aku lagi dan kali ini dengan lebih semangat yang padu dan jaya haha....
Kalau sampai tahun depan masih tidur-tidur di sofa sambil anak-anak aku belum mandi tu...nah, memang aku cubit suda tu hahaha!
No comments:
Post a Comment