Becoming religious or spiritual does not make you weak, sad or oppressed.
Bercanggah dengan popular belief bahawa semakin besar dugaan hidup kita, semakin Sayang Allah kepada kita.
Allah menyayangi kita tidak kira seberat mana dugaan hidup kita.
Kita semua manusia...semua sama...
Masing-masing melakukan kesilapan dan dosa saban hari.
Jadi janganlah jadikan alasan bahawa jika kita tidak diduga, Tuhan mengendahkan kita.
Dan menyebabkan kita jauh dari solat dan ibadah memandangkan keadaan hidup yang serba mudah.
Dan juga janganlah menganggap sekiranya hidup kita perit, kita sudah dijanjikan syurga.
Amal ibadah yang banyak jika diselaputi riak tidak akan diterima Allah.
Maka bersederhanalah.
Jangan pula menyangka sekiranya kita Cinta kepada Allah, Beribadah kepada Allah...maka hidup kita akan menjadi perit dan sukar.
Tidak.
Allah mencintai umatnya sama sahaja.
Tidaklah rugi orang-orang yang menyembah dan berharap kepadanya.
Janganlah membiarkan diri dirundung anggapan bahawa mencintai Allah akan membuatkan kita diberikan dugaan yang lebih besar.
Buanglah fikiran itu jauh-jauh.
Allah tidak akan menyeksakan umatnya.
Yang menyeksa hidup kita ialah Syaitan yang hidup dikalangan manusia yang lain.
Janganlah menyimpan dendam terhadap sesama kerana sesungguhnya sesiapa pun mampu digoda oleh Syaitan mahupun Jin.
Haruslah mampu memaafkan dan sekiranya boleh teruskan berkawan dengan orang yang menindas diri kita...jika tidak mampu elakkan diri dari selalu berkumpul dengan mereka dan mintalah Allah untuk memberi perlindungan setiap masa.
Forgive a person does not mean you have to love the person.
Forgive means you accept them but not letting them running all over your life.
Teruskan lah mencapai kebahagiaan dalam hidup.
Didalam Islam tidak dilarang sama sekali untuk mencapai kejayaan.
Mencintai Allah adalah mudah.
Teruskan berkata-kata indah seperti zikir dan beristighfar.
Malah mencintai Allah akan membuat segalanya mudah...disaat bencana, disaat dirundung masalah, disaat ditindas, disaat keliru, disaat sakit, disaat kecewa...
Segalanya akan lebih mudah jika kita Mencintai Allah.
Kerana Allah Maha Baik
Dan tidak ada segala sesuatu yang menyerupainya.
No comments:
Post a Comment