Aku nak bercakap pasal mengumpat.
Bab yang aku memang...Arif.
Aku memang kuat mengumpat.Tapi sebelum kita pergi jauh mari kita menyingkap makna 'Mengumpat'
Definisi ghibah(mengumpat) dapat kita lihat dalam hadits Rasulullah e berikut ini:
“Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.” Si penanya kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya ?” Rasulullah e menjawab, “kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).” (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).
Berdasarkan hadits di atas telah jelas bahawa definisi ghibah iaitu menceritakan tentang diri saudara kita sesuatu yang ia benci meskipun hal itu benar. Ini bererti kita menceritakan dan menyebarluaskan keburukan dan aib saudara kita kepada orang lain. Allah sangat membenci perbuatan ini dan mengibaratkan pelaku ghibah seperti seseorang yang memakan bangkai saudaranya sendiri. Allah S.w.t berfirman:
” Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Hujurat: 12)
Sumber : http://hikmatun.wordpress.com/2007/11/05/ghibah-mengumpat-yang-dibenarkan/
Jadi...begitulah yang aku selalu buat...
Tapi aku ada kenal beberapa orang yang pula berbuat bhutan(mengada-adakan cerita)...
"si polan tu takde duit ke?...laki tak bagi?..baju-baju dan barang-barang dia suma murahan jak tu"
"si polan tu gedik la..."
Astagfirullah al azim....semoga Tuhan bagi aku kesabaran.
Anyway...lantak dia lah
Sebenarnya ini...kali kedua aku tulis pasal mengumpat ni...masih belum terkikis dari diri aku rupanya.
Biasanya kerana aku rasa tertindas....
Tapi...
Aku silap...BESAR.
Sebaiknya jika ditindas...maka kepada Tuhan lah kita merepot....
Bukannya mengadu domba pada kawan yang lain ataupun ahli keluarga.
Nampaknya Ghibah aku ni sangat berkait rapat dengan tahap kesabaran aku.
Rasanya orang yang Penyabar ialah orang yang kurang melakukan Ghibah.
So rasanya langkah pertama untuk aku memperbaiki akidah diri sendiri bukanlah mendelete Ghibah dalam diri aku dahulu...tetapi....
Langkah pertama aku ialah...
Meningkatkan Tahap Kesabaran
Mengeratkan hubungan dengan Tuhan
Menyerahkan semua permasalahan kepada Tuhan (Pasrah)
Amin...
bersabarlah....wahai Hati ^_^
No comments:
Post a Comment