Sunday, March 4, 2012

Cuti Sekolah...Coming Soon!

Minggu ni minggu terakhr sebelum cuti sekolah semester pertama.
Merupakan event yang julung-julung kalinya juga buat anak-anak.

So kami sudah merancang untuk menghantar kanak-kanak comel tersebut kepada mak mentua aku.
Lagipun ada lagi baby niece durang yang mak mentua aku 'culik' dari Lahad Datu hehe...kalau tak silap mak dia terpaksa kejar anak dia ke KK hehe...

Ndak la...baby tu rapat dengan mak mentua so bila mak mentua pulang ke KK baby tu pun ikut la..jad extra luggage hehe...

Anyway...ini bermakna :

Sepanjang minggu cuti sekolah aku boleh bangun lewat sikit dalam jam 5 memandangkan ndak perlu iron baju sekolah anak-anak, or ndak payah masak air panas buat susu durang or siapkan kelengkapan beg sekolah.

Sepanjang itu juga kami suami isteri boleh melantak Maggi dan sepupu-sepupu mereka IndoMee, Mamee dan sekalian kerana tak perlu masak nasi untuk dinner anak-anak.....muahahahaha!

Aku juga ndak perlu risau cuci kain 2 kali dalam 5 hari sebab tiada baju sekolah yang perlu dicuci...kain kotor simpan untuk 3 minggu pun boleh haha

Lepas tu aku juga ndak perlu stress pasal mo pastikan anak-anak siapkan kerja sekolah setiap hujung minggu...

Wuaaahhhh...

Bolehlah aku membaca and usha-usha pasal photography hehe(ini adalah kerana colleague aku jemput untuk menjadi ahli Jawatankuasa photography bagi Family Day jabatan kami pada 25hb ini....yah....aku baru mo buat study aaar....)

Tapi....

Ini juga bermakna :

Aku akan rindu my kids.....5 malam setiap minggu huhu...(hujung minggu baru kami ke tempat mentua...itu mengikut peracangan En. Suami....kalau aku punya nyali yang kuat lah kan haha...)

Aku....perlu bawa...anak-anak...sekali dengan mentua...anak buah....and suspected besan. @_@...berjalan-jalan tiap hujung minggu.

Terbakarrrrr dompet akuuuu...hahah

Anyway...i think i should just enjoy these privilege and let things flow rather than struggle over it ^_^

No comments:

Post a Comment