Tuesday, March 6, 2012

Parenting : Cara berkata-kata kepada anak-anak.

Okey...hari tu...kamurang pun misti ada tinguk tu kan..hehe...wayang Hindi Amir Khan.

Aku lupa tajuk tapi pasal budak dyslexia iaitu ndak pandai membaca. Parents dia especially bapak dia sangat tidak prihatin sama anak dia yang kurang upaya ni...kurang bagi kasih sayang lah ceritanya...

Biasalah wayang hindi...penuh drama...tapi kali ni apa yang menarik ialah pasal cerita dia tentang Pulau Solomon.

Kononnya di Kepulauan Solomon ada puak asli yang bila mana durang mo tebang pokok, durang ndak pakai kapak.
Kalau ada pokok yang terlalu besar untuk dipotong pakai kapak....durang guna cara lain.
Iaitu....
Maki Hamun pokok tu...Selama 30 hari!.

Lepas tu...pokok tu mati sedikit demi sedikit dengan sendirinya...macam kes kecewa dan merajuk la ni kan hehe

So. Sekarang ada dua persoalan logika di kepalaku :


  1. sebesar mana agaknya pokok tu kan
  2. misti durang sudah sedia bergelen-gelen air limau untuk kekalkan suara untuk menjerit dan memaki setiap subuh selama 30 hari.

wuah...dulu-dulu manada chainsaw kan...

Anyway...so aku google lah jika ada benar cerita itu...we all know cerita Hindi is so full of...bluff.
I mean...hero sudah mati berkali-kali siap kena bakar...pun masih boleh hidup lagi kan.
Aku teringat cakap cikgu sastera tingkatan 5 aku...

"wayang hindi kalu hero mati panggung siap kena bako"

haha....

So, ada beberapa pandangan, ada yang cakap cerita tu betul ada pula yang cakap (ngaku dia arif pasal pokok) cakap itu cuma cerita untuk menarik pelancong....haih entahla

Tapi ada satu link yang ada berkaitan sikit dengan logika maki memaki ni :

Disini dia cakap, maki hamun akan membunuh semangat seseorang...especially bila kata-kata kesat tersebut dikeluarkan oleh orang yang kita sayangi sendiri....

Wah tiba-tiba terflash back macam mana air muka Ayman setiap kali aku marah dia....
Ya Allah...bantulah aku dan jadikanlah aku manusia yang lebih baik yang penuh dengan kelembutan dan kedamaian....

So....ini maknanya...
Anak-anak jangan di maki hamun, jangan ditengking.
Jika marah gunalah volume suara yang tenang
Tona bunyi yang sesuai
Kata-kata yang terbatas.

Elakkan marah tahap melampau sehingga terkeluar kata-kata kesat yang boleh mencalar hati dan perasaan anak-anak....

Kiranya itu pemahaman aku pasal maki-memaki ni...

Hmm....Muhasabah Diri.

Jadi...aku kena praktis cakap berlagu-lagu dan bermadah-madah indah la ni kan haha....

2 comments:

  1. semoga kita sebagai ibu mempunyai kesabaran yang tinggi dalam melayan karenah anak2 kita...hihihi

    seperkara lagik berdasarkan apa yg sia baca d majalah, hari-hari sebelum anak tdo, titipkan kata2 positif di telinga kanan mereka berserta sapukan ubun2 anak dengan air liur lelangit kita sambil selawat 3 kali dgn niat sekali apa yg kita harapkan dari anak kita supaya peribadi mereka spt apa yg kita selalu ungkapkan atau inginkan, insyAllah...:D

    ReplyDelete