Anyway cerita kali ni ialah pasal pilihan jodoh yang sebenarnya SANGAT bersangkut paut dengan pilihan akhirat kita sendiri...
Alkisahnya....selepas menjalani alam perkahwinan hampir 6 tahun aku telah menemui teori baru tersebut.
Aku ingat lagi masa aku mula-mula nak kahwin kakak aku ni sedang dalam pengajian untuk jadi ustazah di Kelantan. Bila beliau dapat tahu, soalan pertama pasal bakal suami is :
'Alim kah?'
Waktu tu aku langsung ndak tahu keperluan untuk mengahwini seorang lelaki alim.
Bagi aku first impression aku tentang suami aku ialah beliau :
- sudah cukup umur.
- Sayang ahli-ahli keluarga dia especially mama dia a.k.a Datin Seri Paduka saya.
- tak lokek duit dengan sesiapa pun
- fleksibel dengan sesiapa pun
- active dan dynamic (ini penting bagi aku sebab aku pun berjalan dan bercakap laju semacam)
- Tidak cerewet makan
- ....sangat jarang menegur, menegah, memerintah, menyuruh dan menceramah. (aku memang suka yang macam ni sebab aku sudah bosank dengan bapa aku yg ini,itu ndak boleh dan ditambah oleh mama aku yang juga ahli perleter hehe....)
Jadi...aku pun excited lah kawen haha!
Tapi...aku ingat.
Sebelum kawen tu (time masih pakai skirt pendek dan baju buka ketiak) aku cakap ngan husband.....ceh punya hebat aku berucap hari tu...speaking like a true hero bah...bahawa :
"lepas kawen nanti, aku nak serius jad mualaf yang betul. Lepas tu aku mo jalani kehidupan yang mengikut jalan agama...aku nak sembahyang...aku nak pakai tudung bila sampai masanya...aku mo buat baik...bla...bla...bla"
Fuuuyyoooo!Punya hebat aku berkata-kata kan.
Cakap ndak serupa bikin...haha
Adakah?orang yang pakai mini skirt bercerita pasal mo tutup aurat and pandai mengaji?Logik?
Dan patutlah muka laki aku time tu blur semacam.
Kami pun baru kenal 1 tahun, jadi rapat pun cuma 6 bulan kemudian terus tunang, dan kahwin dalam masa 6 bulan tunang jak...all in all kami cuma berkenalan selama 2 tahun.
Nah...berapa lama jak yang ada untuk mengenal hati budi masing-masing.
So bila aku cakap begitu...mesti En. Suami pun naik bingung...'pa benda ba dia cakap ni'
sebab apanya ialah...En. Suami mengenali aku sebagai orang yang free living.
Aku cakap pasal agama...memang lah ndak related.
Ini maknanya...aku (...probably....)bukan dipilih sebagai isteri atas kriteria keagamaan memandangkan karekter aku yang jauh bercanggah sewaktu itu.
Jadi yang aku sebok nak tukar En. Suami jadi warak selepas kahwin memanglah kurang logikkan.
En. Suami bukannya macam suami kakak ustazah aku iaitu seorang warak yang boleh jadi imam jika ada keperluan.
Ilmu agama beliau tidak mencapai tahap boleh jadi ustaz sekalipun...yang biasa-biasa saja.
Begitu juga beliau, dia tidak expect aku akan bertudung and etc.
sebab time tu wardrobe aku cuma ada mini skirts dan beberapa helai jeans saja dan tidak memiliki sebarang t-shirt sekalipun except body fit.
i mean what do you expect?!
Tapi...alhamdullilah....Cahaya Deen menerangi hidup kami....at least boleh lah juga menunaikan perintah agama walaupun...dalam serba kekurangan...ada jugaklah...
This is what so strange about determination. Once you made a decision and channel yourself to it. Whenever you get distracted....it haunts you. At the back of your head.
Aku ndak lupa apa yang aku cakap pada dia hari tu....dan setiap langkah kedepan ialah menjurus ke arah itu...of course sebagai manusia biasa...kadang-kadang kita terlangkah ke belakang...ke tepi....kadang-kadang lama lagi singgah di tepi tu....tapi.....ONCE you made a decision...balik juga langkah ke depan tu....hmm...
Jadi aku pun temui lah teori ini bahawa :
Seorang lelaki yang mengingat Akhirat ialah jenis Suami yang akan memilih seorang Wanita solehah sebagai Isterinya.
Kalau dia ndak fikir akhirat...agaknya dia pilih yang ....... well kita tidak akan nyatakan disini...
you know i know.
But maybe husband aku pilih aku sebab....dia rasa...dia mo bagi chan sama aku kot haha...
Entahlah..itu En. Suami saja yang boleh jawab kenapa dia pilih aku yang semborono time tu.
Oleh itu pilihlah jodoh yang baik
Bukan kerana rupa,
Harta,
atau setakat kebaikan...
tetapi
Agamanya.
Kerana pilihan yang baik akan menentukan akidah rumahtangga yang baik dan InsyaAllah menjurus ke arah jalan ke syurga.
^_^
Jadi bersyukurlah wahai wanita yang beriman dan menjaga auratnya kerana kamu telah atau akan dipilih untuk dipimpin ke syurga oleh suami mu atau bakal suami mu.
So contoh terbaik ialah pasangan Imam Muda Hassan dan isteri Fardatul Ulfah...seriously...wanita ni memang COMEL! semacam and....baru first aku nampak baju kahwin macam dia pakai....sangat cantik...ndak sangka tudung labuh boleh jad se'elegant' itu!
So wanita....jagalah auratmu dan kuatkanlah iman mu!...(doa untuk Tara juga ni...hehe)
No comments:
Post a Comment