Thursday, December 29, 2011

adei...jangan bah....manada anak yang tidak nakal....

Aku terkejut juga dengar berita dari kawan pasal bapa ni kurung anaknya dalam tandas pakai rantai besi lagi.Kesian tu kaki-kaki kecil durang.


Ya aku sependapat dengan bapanya iaitu sebagai langkah keselematan (supaya anak tidak lari) dan juga kalau super nakal perlulah dikekang sebelum perkara lebih buruk terjadi...

Tapi....
Rantai besi..
Kurung dalam tandas...
Tiada makanan....

Ini sudah melampau saudara!

Pendapat ku...anak itu bolehlah hantarlah kerumah orang tua sendiri....ya la kan bini dia lari tinggalkan anak-anak dia tapi itu salah bini dia...apa dia dapat kalau dia lepas kemarahan sama anak?...nah dapat masuk jel adalah!

Ataupun, hantar sama jiran kemudia bayar macam yuran gitu.
Ataupun awal-awal si bini lari mulalah sudah cari Taska.

Manalah tau si bapa ni anak yatim piatu tiada keluarga terdekat...maka carilah penjaga dari mula si isteri melarikan diri.

Mama dia ni pun satu....hari ni dia lari tapi balasan menunggu di akhirat makcik ohoi...

Kesian ni budak-budak...cua dia bagi sama mentua ku...dengan rela hati mentua ku jaga...asal ko bagi belanja bulan-bulan la kan...takkan susu dan makan pun orang kena derma untuk anak-anak kau...ada kerja ada gaji sediakan la keperluan anak.

Walau bagaimanapun...mungkin si bapa super stress suda...jangan seja dia buat apa-apa yang lebih teruk. Kesian juga dia...

Nasib si jiran concern, proactive dan sanggup bagi pertolongan...(kadang-kadang sifat menyibuk ini ada baiknya hehe).

Dalam hal ini, bagi aku Hero ialah si jiran sebelah. Clap clap!

No comments:

Post a Comment