Banyak benda kita boleh buat untuk kurus, contohnya
kurangkan makan, pakai seluar sauna atau kotak sauna (yang kepala jak keluar tu
hehe), ada juga yang makan pil, exercise, aerobic, zumba, jogging…macam-macam
lah.
Sangat banyak sampai kita boleh pilih-pilih.
Tapi tidak semua mampu buatkan, sebab ada yang sudah
jadi ibu sambil bekerja, jadi mana lagi mo jaga anak, mo kena duduk sauna?mo
pigi join Zumba?wah…memang tidak sempat, kalau dapat husband yang pemurah hati
(dari segi meng’offer’kan diri menjaga anak)atau yang memang concern terhadap
berat badan isteri(Which is VERY rare!) mungkin bolehlah meluangkan masa untuk
jaga berat badan.
So in my case aku ada cuba beberapa method diatas termasuk
Zumba…yah siap berlenggang-lenggok ala-ala Shakira..(sakit pinggang jak aku
dapat)tapi kesannya sementara itupun aku combine dengan method kurangkan makan
(bab ini aku paling FAIL)
Jadi…aku pun membuatlah research sendiri secara online dan
telah meng’official’kan diri ku sebagai bahan eksperimen.
Nak kurus…tidaklah susah sangat…Begini ceritanya…
Memandangkan aku makan pil perancangan tidak hairanlah kalau
aku susah untuk turunkan berat. Ini perkara yang sangat normal kepada wanita
yang mengambil apa-apa jenis method perancangan keluarga yang melibatkan hormone.
Tubuh kita akan mula menyimpan air dan menyebabkan jisim
tubuh bertambah (maksudnya jadi tembam lah tu hehe). Ianya dipanggil ‘Water
Retention’ bermaksud tubuh menahan air daripada keluar dari badan kita dan
disimpan umpama bekalan untuk keperluan sistem badan. Perubahan hormone melalui kandungan pil hormon ini mewujudkan sistem ‘penyimpanan air’ tersebut.
Selain itu juga, ‘Water Retention’ boleh diakibatkan oleh
pengambilan kandungan garam dalam makanan yang cukup banyak. Terutama dalam
keropok chips, nasi lemak, kari ayam, laksa penang etc etc…
Oleh itu cara terbaik untuk mengacau sistem ini, ialah
dengan….Meminum lebih BANYAK air.
Yah..believe it or not. Memang kena minum lebih banyak air.
Supaya, sistem badan tersebut akan men'Capture' bahawa tubuh kita sentiasa
mendapat bekalan air yang mencukupi.
Begini bah tu…umpama si Jojo ni sangat rajin menjaga si Lolo
adiknya. Setiap hari Jojo hantarkan Lolo makanan sehingga Lolo jadi pemalas.
Pada suatu hari Lolo nekad untuk berubah dengan belajar memasak sendiri. Maka
akhirnya Jojo tidak lagi menghantar makanan pada Lolo kerana beliau mampu
menjaga dirinya sendiri.
Maksudnya sistem itu akan berhenti berkhidmat untuk tubuh
kita kerana metabolism kita berfungsi dengan baik….kiranya macam sama principal
dengan ‘Antibodi’ la bah ni…kalau kita jaga pemakanan yang sihat, antibodi kita tidak perlu bekerja keras untuk melawan penyakit.
Nah…begituuu
So, mulakan dengan minum air dengan sangat banyak. Method
ini bukan hanya efektif pada orang yang makan pil perancang tapi juga sesiapa
saja yang mengalami masalah berat badan termasuk kaum lelaki.
Sebagai permulaan, minumlah air at least 3 liter sehari
(pagi hingga malam).
Terpaksalah bersabar kalau kena bangun malam dan menjadi
pengguna kerap tandas ditempat kerja anda…apa boleh buat nak dapat sesuatu
kenalah berkorban kan….
So bila jumlah air masuk kedalam badan kita dan sentiase ‘rehydrated’
sistem tersebut akan berhenti menyimpan air diseluruh badan maka…masalah
ketembaman akan sedikit demi sedikit menghilang.
Pinggang anda akan kembali ke pangkal Jalan.
Leher anda kembali jinjang
Pipi anda juga akan menerbitkan semula lesung pipit anda.
Kemudian,jadikanlah tabiat SETIAP hari untuk minum air
sebanyak 2 liter sehari.
Tapi….kena ingat…
The moment anda stop minum air dalam jumlah yang biasa (2
liter) ataupun bila and berterusan minum air kurang dari 2 liter….
Badan anda akan kembali tembam dalam masa….An Overnight.
Believe it or not…ada berani?haha…
Jadi…method ini tidak menjanjikan kesan yang berpanjangan
namun begitu sangat efektif. Lagipun ianya mempromosikan amalan hidup sihat
yang sentiasa mengambil bekalan air yang mencukupi.
Banyak minum air ni banyak faedah, terutama kepada orang
yang merokok.
Ianya boleh membantu melicinkan kulit, ingatan yang baik dan
juga semestinya ; Melancarkan Kencing.
Contoh terbaik untuk tahu kalau kita mendapat bekalan air
dalam badan secara mencukupi ialah dengan memerhati kencing anda.(kalau jenis
tidak geli la…haha)
Jika air kencing berwarna jernih..Anda Sihat!..Jika kuning…kena
tambah jumlah air yang diminum. Kalau merah. Sila Jumpa Doktor…ok!
Nah…kawan-kawan silalah mencuba....saya akan susuli Tips Kurus
ini dalam Siri 2..Soon! ^_^
No comments:
Post a Comment