Friday, December 30, 2011

Eksperimen bantal 'Contour'

Semalam...seriously aku ndak dapat tidur.
ini diakibatkan oleh bantal aku yang keras dan kemek.

Sebenarnya bukan bantal aku pun haha...

Sejarah asal usul bantal dirumah kami adalah hasil dari belas ehsan mentua ku kepada kami.
Aku cuma ada sebijik bantal yang aku bawa sewaktu berhijrah dari Sandakan ke Kota Kinabalu pada tahun 2006...

ya itu sejalah harta yang aku sempat bawa dan juga sebijik katil single yang sudah kerepot dan berkeriuk-keriuk.

So masa kami pindah rumah, mentua ku derma lah beberapa bijik bantal...dengan itu setiap orang dalam rumah mampulah memiliki bantal sendiri.

Namun begitu dengan tidak semena-mena pada tahun ini kami menerima lawatan tergempar dari keluarga sebelah mentua perempuan...bukan sikit....6 orang banyaknya...kami cuma ada 5 bijik bantal.

Dengan kelam kabut kami pun drive ke rumah mentua yang pada waktu itu bercuti di Lahad Datu. So kami kidnap 4 bijik bantal, jadilah 9...maka 6 bijik untuk tetamu dan 3 bijik untuk kami sekeluarga...

Yang jadi mangsa tetaplah anak-anakkan haha...tidur tak beralaskan bantal kesian....

Selepas kejadian tersebut,mentua telah memberikan sindiran halus tapi tajam berkenaan peminjaman bantal-bantal tersebut.

Dengan muka masam dan perasaan masam berbulan lamanya...(lawatan tersebut adalah pada bulan Mei) akhirnya pada bulan November aku pun membelilah 3 bijik bantal murah dari Giant Supermarket.

Sejurus selepas itu aku pulangkan 6 bijik bantal mentua (meaning 2 bijik aku masih 'gam' haha)

Jadi sekarang sebijik bantal baru tu aku telah bagi hak milik untuk Ayman memandangkan ianya lembut...aku cuma pakai bantal lama....dan telah berbulan-bulan lamanya aku ndak dapat tidur lena pada awal proses mau tidur...mengantuk-mengantuk tapi bila baring dibantal jadi ndak mengantuk pula...tapi kalau sudah tertidur penat...tidur atas batu-bata pun jadi bah kan haha...

Ada beberapa bulan yang lalu aku memang ndak dapat tidur langsung,boleh bangun tengah malam sebab sakit migraine....SERIOUSLY...terbangun sebab sakit kepala.

Bila aku bagi balik bantal mentua tu aku pun pilih-pilih lah yang mana satu menyebabkan aku migraine...haha...so setakat ni masalah bantal boleh juga dibawak bersabar....

Tapi semalam...aku super penat badan masih penat-penat sejak mengemas rumah...aku paksa juga tidur dan berniat : Esok. Aku mesti beli bantal Contour.

'Kenapa bantal Contour?'

haaaa........ini pun ada kisah juga. Masa aku kecil...bila balik sekolah...aku mesti on tv. Time tu kan popular iklan-iklan jualan barangan yang sampai berjam lamanya....
Antara produk-produk yang masih aku ingat :

1) Anting-anting @ Subang yang main sangkut disertai beberapa warna mengikut pakaian.
2) Cream polisher kereta yang boleh buat semua benda berkilat
3) Mop pintar
4) Alat senaman yang tekan-tekan di perut / yang boleh bergerak macam main ski
5) Krim menguruskan badan
6) Contour Pillow

Benda nombor 6 inilah yang melekat dikepala ku sampai aku boleh hafal nama penuhnya.
Aku sangat excited tengok iklan bantal ni....mungkin juga kerana menonton iklannya berulang kali aku jadi taksub sampai berumur 30 tahun haha....

So hari ni...aku jalan-jalan ke Parkson 1 Borneo dan akhirnya jodoh kami sampai jua...
Maka aku akan mencuba keberkesanan contour pillow ni adakah benar boleh mengelakkan tekanan stress pada leher dan melancarkan peredaran darah ke otak semasa tidur.



Oleh itu....harap-harap.....aku akan tidur nyenyak malam ni!^_^

1 comment:

  1. jadi, best la kunun bantal ni? saya pun mo cari bantal murah-murah untuk kes-kes emergency juga ni. hehe..

    ReplyDelete