Sunday, December 18, 2011

SBPA


Mungkin sudah banyak spekulasi berkenaan SBPA.
Antaranya ialah berkenaan kenaikan gaji, kebajikan pekerja, kualiti pekerja dan lain-lain.
Ada yang mengatakan skim SBPA tidak menguntungkan kerana konsep pemarkahan sangat bergantung kepada penilai. Ini bererti pekerja harus mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan penilai untuk mendapatkan markah terbaik yang membolehkan kakitangan tersebut layak untuk kenaikan gaji.
Dibandingkan dengan sistem saraan lama, kenaikan gaji adalah tetap mengikut peringkat setiap tahun.

Selain itu SBPA juga menggalakkan persaraan awal bagi kakitangan yang tidak memiliki kesihatan yang baik. Sebagai contoh kakitangan yang sering mengambil Cuti sakit dan mengisi Cit perubatan yand terlalu kerap.

Walaubagaimana pun, bagi saya SBPA tidaklah begitu menakutkan pekerja awam yang sedia ada. Sebaliknya ia menggalakkan hubungan baik pihak atasan dengan pihak bawahan.

Saya juga melihat dari pelbagai sudut dan mendapati sebenarnya SBPA ini diwujudkan untuk memperbaiki kualiti perkerja awam.
Pasti anda sudah sedia maklum akan kualiti pekerja awam sebelum ini yang tidak mesra pelanggan, ketiadaan di pejabat yang kerap, terpaksa menunggu lama dan pelbagai masalah lagi.
Oleh itu SBPA ini adalah tindakan wajar untuk menaikkan kualiti dan meningkatkan prestasi pekerja awam sejajar dengan kualiti pekerja swasta.

Jika anda pernah mempunyai pengalaman bekerja di sektor swasta anda akan faham betapa pentingya kualiti kerja untuk terus berada pada sesuatu syarikat.
Kegagalan menunjukkan prestasi mampu menyebabkan seseorang itu kehilangan pekerjaan atau diberi tindakan tatatertib dalam kadar yang pantas.

Saya percaya jika SBPA digunapakai, kita akan melihat keadilan dalam melaksanakan tanggungjawab sesama rakan sejawat didalam sektor awam. Jika sebelum ini anda akan mendengar alasan ‘oh,dia cuti hari ni, esoklah dating balik’…mungkin selepas ini anda akan mendengar yang demikian ‘Sebentar,saya akan berikan borangnya’ atau ‘Pegawai tersebut cuti,tetapi saya boleh sambungkan kepada rakan sejawatnya’

So SBPA ni seperti sistem saraan yang dulu juga, ada kelebihan ada kekurangan. Sistem yang lama boleh dikira sangat memanjakan pekerja awam sehingga ada yang mengambil kesempatan sewenang-wenangnya terhadap sistem tersebut, kerja pandai ponteng ; lepak di kedai kopi siap merokok-rokok lagi, layan tetamu macam stail ; ‘Ibu Mertua Garang’ tapi rileks-rileks saja mengharap pencen dan sebagainya.

Jadi sama-samalah kita lihat perubahan drastik pada kakitangan awam selepas ini ^_^…
Apa mo takut…rajin kerja, sayang keluarga dan nama baik…mesti oke punya hehe...

No comments:

Post a Comment