Selain daripada dia top dalam cerita
lagenda ianya juga paling sedap kalau di goreng kering dan dicampur ke dalam
soto ayam ataupun bakso...
Bawang ialah aset penting dalam masakan, kalau stail aku masak lagi,bawang merah mesti ada kalau tidak aku mogok pada suami untuk tidak masak(sebenarnya lebih kepada alasan untuk tidak masak).
Asal masak mesti hiris bawang merah dulu padahal...rasa bawang itu tidaklah begitu memberi perisa yang sangat kencang pada makanan.
Tetapi adakah anda tahu kenapa asal kaum ibu-ibu dan wanita-wanita menyibukkan diri di dapur untuk memotong bawang merah...mesti keluar air mata umpama kesiwa ditinggalkan kekasih hati...ada tu lagi sandi sampai ndak bulih buka mata lepas tu cepat-cepat siram mata dengan air paip. Ini termasuk juga bawang besar...
Seriously aku pernah fikir aku akan jadi buta,time tu kenduri...memandangkan aku teda aura-aura cun masak aku ditugaskan mengupas dan menghiris bawang.....Iiiitu seja kerja ku, bila pedas sampai ke mata ku...punya pedas ndak ketahanan sampai aku yakin kompom jadi buta lepas ni.
Jadi aku pun tertanya-tanya kenapa bawang begitu membenci mata kita?walau macam mana jauh pun kita jarakkan mata dari acara pemotongan dan penghirisan, mata tetap pedas punya.
Kadang-kadang aku terpikir, mungkin jus
bawang tersebut terpercik di mata kita namun penjelasannya lebih saintifik dari
itu.
Apabila kita potong bawang ni, ianya akan mengakibatkan sejenis enzim memecahkan asid amino yang kemudian membentuk asid sulphenik yang seterusnya disusun oleh sejenis enzim yang lain dan akhirnya menghasilkan sejenis GAS yang rawak dipanggil LF. LF kemudian dilepaskan ke udara seterusnya sampai ke mata dan akan mengaktifkan neuron rasa dan memberikan kesan pedih. Air mata kemudian terhasil untuk mencairkan dan mem’pam’ kepedihan tersebut.
Nah...jadi lain kali kalau mo potong bawang, sedia basahkan mata dulu supaya dia umpama jadi pelapis mata dari gas yang ganas tersebut. Juga lepas kupas bawang rendam dulu dalam air sebelum potong,boleh juga simpan didalam peti sejuk dulu.
Ataupun jangan potong akarnya sebab
disitulah terkumpulnya segala enzim. Gunakan pisau yang sangat tajam dan
lakukan hirisan yang sangat tipis-tipis juga boleh mengelakkankan pemecahan
enzim cik bawang dan lakukanlah aktiviti penghirisan berdekatan kipas.
Ataupun bolehlah juga menggunakan goggles swimming pool anak anda.
Nah...teman-teman hasil daripada tips-tips di
atas semoga selepas ini mata anda akan jadi lebih tenang dan comel ketika
menghiris Cik bawang ^_^
napa saya ragu2 dengan tips dalam video tu aaa?? sebab mata dia macam sengaja2 lagi kasi besar, pastu dalam hati saya, "itu baru 1 biji bawang.. cuba kalau 10". hahahaha...
ReplyDeletedurang x besa main kenduri kahwin sampai 3 hari bah kan laurah haha...
ReplyDeleteTu la bah, baru 1 biji pun mo main rendam2 sudah kunun. Hahahaa..
ReplyDelete