Bukan saja duit baru tapi soon kita juga ada Mykad berwajah
baru!dan akan mula digunakan mulai 3hb Januari 2012
Kali ini ianya memperagakan beberapa features yang lebih
semart
1)Cip lebih berkualiti
2)Material diperbuat daripada Polycarbonate yang lebih tahan
lama
3)Nombor i.c di bawah
gambar yang hidden from mata kasar
4)Aplikasi tulisan
laser
5)Sukar, sukar untuk dipalsukan haha (bagi aku ini best
part! Heh...harap-harap berkesan la kan)
Bukan apa tapi banyak kes kita dengar pasal MyKad rakyat
tempatan yang disabotaj.
Contohnya kawan aku sikit lagi ndak dapat beli rumah. Bila
dia mohon loan di bank untuk beli apartment idaman, dia dimaklumkan oleh pihak
bank bahawa dia ni sudah pun membuat peminjaman dengan bank bagi pembelian
rumah lain di daerah yang lain.
Terkejut beruk, marah dan risau lah dia kan...sebab ndak
dapat beli rumah, lagi takkan dia kena tanggung semua hutang tu pula...siasat
punya siasat...rupa-rupanya....nombor MyKadnya di sabotaj oleh orang lain dan
siap dibuatkan MyKad palsu untuk orang tersebut layak membuat pinjaman bank.
Dia pun korek lah balik semua dokumen asal usulnya dan
dibawa ke JPN sehingga beliau disahkan pemilik sebenar kepada nombor MyKad
tersebut.
Padan muka perompak identiti tersebut...maybe rumah tu kena
tarik balik harap-harap dia tertangkap huh...
So harap-harap MyKad kali ini akan lebih power menyukarkan
segenap fraud gagal mencuri identiti orang lain.
Amin...
No comments:
Post a Comment